• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ninja Van lancar Ninja Restock, sistem baru dalam perniagaan B2B

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 6:46 pm
  • 27/03/2024
  • Komen
240327 Ninja Van Ninja Restock
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-9, Ninja Van Malaysia, sebuah syarikat logistik memperkenalkan perkhidmatan baharu, Ninja Restock. Ia bermatlamat untuk merevolusikan landskap stok semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Ninja Restock adalah perkhidmatan baharu yang akan dapat membantu menguruskan inventori dengan lebih efisien. Ia akan membantu untuk menjejak tahap stok di pelbagai platform dan memastikan mereka dapat memenuhi keperluan pelanggan. 



240327 Ninja Van Ninja Restock

Antara ciri-ciri yang ditawarkan oleh Ninja Van Malaysia menerusi perkhidmatan Ninja Restock ini adalah: 

  • Penjejakan bungkusan masa nyata
  • Liputan penghantaran menyeluruh di seluruh Asia Tenggara
  • Kepantasan tempoh penghantaran
  • Masa yang fleksibel
  • Ketelusan yang didayakan pendigitalan yang akan dapat tangani isu dengan lebih baik

Pelaksanaan Ninja Restock itu akan melibatkan perubahan cara dalam penghantaran B2B ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori dan mengurangkan inventori berlebihan. 



Perkhidmatan baharu itu dijangka akan dapat memperkasakan jenama dan peruncit, dalam memudahkan mereka untuk menjadualkan penghantaran dan membolehkan penggunaan sepenuhnya ruang pameran produk mereka.

240327 Ninja Van Ninja Restock

Terdapat enam pasaran dan perusahaan yang menjadi fokus utama Ninja Restock adalah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, produk pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat (MLM) serta makanan dan minuman.

Dengan tempoh masa penghantaran antara 1 hingga 3 hari, antara produk yang boleh dihantar menggunakan Ninja Restock adalah pakaian dan kasut, barangan kosmetik, gadget, makanan tidak mudah rosak, bekalan untuk hotel, restoran dan kafe serta barangan kecil dan bahan mentah bukan toksik.

Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai perkhidmatan baharu  yang ditawarkan, anda boleh layari laman web rasmi Ninja Restock.

Bacaan berkaitan:

  • Awas scammer Ninja Van di WhatsApp minta muat turun APK semak parcel
Tags: Ninja restockninja van
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
240327 Ninja Van Ninja Restock

Ninja Van lancar Ninja Restock, sistem baru dalam perniagaan B2B

27 March 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN