• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EV murah hujung 2025? Perodua dipilih peneraju pengeluar EV mampu milik tempatan

  • OLEH Najib
  • 12:39 am
  • 28/03/2024
  • Komen
EV murah hujung 2025? Perodua dipilih peneraju pengeluar EV mampu milik tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi akaun X Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, beliau bertanyakan soalan tentang kenderaan elektrik (EV) mampu milik dari Perodua hujung tahun depan? Dalam ciapan yang sama, beliau memberikan jawapan terhadap soalan tersebut.

EV mampu milik dari Perodua hujung tahun depan?

Bila bercerita tentang EV, ramai yang mengadu harganya terlalu tinggi. Oleh itu, Perodua telah dipilih sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

Semalam saya… pic.twitter.com/gixljxJO5e

— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) March 26, 2024

Menurut Tengku Zafrul, Perodua telah dipilih sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030). Beliau baru sahaja bertemu dengan barisan kepimpinan Perodua, termasuk Presiden dan CEO, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, bagi mengetahui lebih lanjut perkembangan projek EV mereka. Mereka juga berbincang tentang bagaimana Kerajaan dapat membantu untuk menjayakan projek tersebut demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.



Awal tahun ini, Perodua dilaporkan sedang membangunkan EV prototaip dengan kerjasama syarikat kenderaan antarabangsa. Tetapi kerjasama ini tidak didedahkan nama syarikat yang terlibat. Penghujung tahun 2025 juga sebenarnya merupakan tarikh pengakhiran had harga RM100,000 untuk EV import pasang siap sepenuhnya (CBU) dijual di Malaysia.

Tahun lepas, Perodua telah berkongsi rekaan konsep EV mereka yang dikenali sebagai Electric Motion Online (EMO) dalam saiz berskala, di pameran Malaysia Auto Show 2023. Konsep EMO ini merupakan kenderaan bersaiz seperti Myvi, dilengkapi bateri 50kWh dengan jarak pemanduan 350km apabila dicas penuh.



Tetapi soalan lebih penting adalah, kenapa Proton tidak disebut langsung oleh Tengku Zafrul? Adakah Perodua dipilih sebagai syarikat tunggal untuk pengeluaran EV mampu milik tempatan di bawah NIMP2030? Atau Proton akan diletakkan di aras premium dalam perbincangan seterusnya?

Jawapan ringkas yang kami terima apabila bertemu dengan Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah adalah, Proton akan menunaikan janji mereka terhadap kerajaan untuk melancarkan EV pada tahun 2025.

Bacaan Berkaitan

  • Proton dan Perodua diminta percepat hasilkan EV lebih murah
  • Kerajaan yakin EV keluaran Proton dan Perodua lebih mampu milik dihasilkan menjelang 2025
  • Proton X90 Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu tentang SUV terbesar jenama tempatan ini
Tags: EV MalaysiaPeroduaTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

EV murah hujung 2025? Perodua dipilih peneraju pengeluar EV mampu milik tempatan

EV murah hujung 2025? Perodua dipilih peneraju pengeluar EV mampu milik tempatan

28 March 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN