• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemas kini One UI 6.1, tambah ciri baru Galaxy AI untuk peranti lama Samsung

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:49 pm
  • 29/03/2024
  • Komen
240329 Samsung One UI 6.1 Update
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah mengeluarkan kemas kini One UI 6.1 untuk siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Z Flip 5, dan siri Galaxy Tab S9. Kemas kini UI baru ini membawa ciri-ciri Galaxy AI untuk peranti flagship dan premium Samsung yang diperkenalkan tahun lalu.

Ciri menarik dalam One UI 6.1

240329 Samsung One UI 6.1 Update

One UI 6.1 dibangunkan untuk Android 14, yang merupakan versi terkini Android. Secara visual, kemas kini ini tidak membawa banyak perubahan yang ketara.



Ciri paling utama pada kemas kini One UI 6.1 adalah Galaxy AI, yang membawakan fungsi kuasa AI yang sebelum ini ditawarkan secara eksklusif kepada siri Galaxy S24, peranti premium Samsung.

240329 Samsung One UI 6.1 Update

Berikut senarai penuh ciri Galaxy AI yang dibawakan melalui kemas kini ini:



  • Circle to Search with Google
  • Chat Assist
  • Interpreter
  • Live Translate
  • Note Assist
  • Transcript Assist
  • Browsing Assist
  • Generative Edit
  • Edit Suggestion
  • Instant Slow-Mo
  • Generative Wallpaper

Kemas kini One UI 6.1 menawarkan hampir segalanya yang ada pada Galaxy S24, kecuali ciri Photo Ambient Wallpaper. Ciri itu secara dinamik menyesuaikan wallpaper anda dengan keadaan cuaca semasa. Contohnya, ia akan menampilkan pemandangan bersalji apabila sejuk atau pantai dengan sinar matahari pada hari yang panas.

Manakala ciri Instant Slow-mo, yang membolehkan pengguna mencipta kesan pergerakan perlahan dalam video sedia ada, tiada akan tersedia pada Galaxy S23 FE. Ini mungkin disebabkan oleh had pemprosesan Exynos SoC untuk generasi bingkai AI secara langsung dalam masa nyata.

240329 Samsung One UI 6.1 Update

Selain Galaxy AI, ada satu ciri baharu turut diperkenalkan dalam kemas kini One UI 6.1, iaitu fungsi Battery Protection. Ia hadir dalam tiga variasi:

  • Basic – Bateri akan dicas sehingga 100% sebelum berhenti mengecas. Apabila bateri turun ke 95%, pengecasan akan bermula semula untuk mencapai 100%
  • Adaptive – Bateri akan berhenti mengecas pada 80% semasa anda tidur dan akan bertukar kepada Basic sebelum anda bangun. Ia akan bergantung kepada corak tidur anda
  • Maximum – Bateri akan berhenti mengecas pada 80%

Peranti Samsung yang terima kemas kini One UI 6.1

Kemas kini One UI 6.1 telah bermula pada 28 Mac 2024 dan akan mencapai semua peranti yang sesuai dalam tempoh seminggu. Berikut adalah telefon dan tablet yang akan menerima kemas kini:

  • Galaxy S24
  • Galaxy S24+
  • Galaxy S24 Ultra
  • Galaxy S23
  • Galaxy S23+
  • Galaxy S23 Ultra
  • Galaxy S23 FE
  • Galaxy Z Fold 5
  • Galaxy Z Flip 5
  • Galaxy Tab S9
  • Galaxy Tab S9+
  • Galaxy Tab S9 Ultra

Setakat ini, hanya telefon premium dan flagship yang akan menerima kemas kini tersebut dan tiada berita lagi ia akan ditawarkan untuk model lain. Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian komitmen kemas kini OS Samsung, peranti lain keluaran jenama itu dijangkakan akan menerima kemas kini One UI 6.1 tanpa Galaxy AI. Tapi siapa tahu, mungkin akan ada ciri-ciri Galaxy AI yang turut akan diperkenalkan nanti.

Teruja untuk mencuba ciri-ciri baru Galaxy AI? Jika anda memiliki peranti siri Galaxy S23, Z Fold 5, Z Flip 5 atau siri Tab S9, pastikan sentiasa menyemak untuk pemberitahuan kemas kini peranti! Anda juga boleh memeriksa kemas kini secara manual dengan pergi ke tab Software Update’ dalam menu Tetapan anda. Sementara menunggu ketibaan kemas kini One UI 6.1, apa kata anda meneroka dunia Galaxy AI melalui video kami di bawah ini:

Bacaan berkaitan:

  • Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+: Diperkasa fungsi pintar Galaxy AI dan dijamin terima Android 21
  • Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24
  • Revolusi kuasa AI: Naik taraf ke siri Galaxy S24 hari ini
Tags: aiGalaxy AIGenerative AIOne UI 6.1samsungsamsung galaxy s23Samsung Galaxy S23 FEsamsung galaxy s23 plussamsung galaxy s23 ultrasamsung galaxy tab s9samsung galaxy tab s9 plussamsung galaxy tab s9 ultraSamsung Galaxy Z Flip 5samsung galaxy z fold 5telefon pintar
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240329 Samsung One UI 6.1 Update

Kemas kini One UI 6.1, tambah ciri baru Galaxy AI untuk peranti lama Samsung

29 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER