• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tol Percuma Hari Raya pada 8 & 9 April, 18 Smart Lane di PLUS diaktifkan

  • OLEH Najib
  • 1:32 am
  • 29/03/2024
  • Komen
Tol Percuma Hari Raya pada 8 & 9 April, 18 Smart Lane di PLUS diaktifkan
Share on FacebookShare on Twitter

Selaras dengan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari lalu yang bersetuju memberikan tol percuma sempena Hari Raya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa tol percuma diberikan kepada pengguna lebuhraya selama 2 hari. Bagaimanapun, tol percuma ini bukan untuk semua pengguna lebuh raya.

Tol percuma sempena Hari Raya diberikan selama 2 hari, pada hari Isnin (8 April) dan Selasa (9 April) sahaja. Ia juga percuma untuk pengguna kelas 1 sahaja iaitu kenderaan persendirian dengan 2 gandar serta 3 atau 4 tayar. Bermakna, teksi, lori dan bas perlu membayar tol seperti biasa pada 2 hari ini.



TOL PERCUMA AIDILFITRI 2024

✨ Pemberian tol percuma bersempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 dan 9 April 2024.

✨ Bermula jam 12.01 pagi pada 8 April 2024 sehingga jam 11.59 malam pada 9 April 2024.

✨ Implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM37.60 juta. https://t.co/lxfRtGJqGN pic.twitter.com/m52LAuRPas

— Kementerian Kerja Raya Malaysia (@moworksmy) March 28, 2024

Sama seperti sebelum ini, tol percuma ini tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim. Kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.6 juta untuk memberikan tol percuma ini.

Diingatkan juga bahawa pengguna perlu menggunakan kad Touch n Go, Smart Tag atau RFID untuk melalui plaza tol seperti biasa, tetapi tiada penolakan akan dibuat. Selain itu, pengguna RFID perlu menggunakan laluan RFID sahaja untuk masuk dan keluar plaza tol. Pengguna juga perlu memastikan baki Touch n Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan.



Rancang perjalanan dan buat aduan di aplikasi MyPLUS-TTA dan MyJalan KKR

Dengan penggunaan lebuh raya yang dijangka lebih banyak daripada biasa, kerajaan menasihatkan pengguna untuk menggunakan aplikasi MyPlus-TTA dan MyJalan KKR.

Pengguna lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) digalakkan untuk merancang perjalanan dengan mematuhi cadangan waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS, menerusi aplikasi MyPLUS-TTA. Aplikasi ini akan mencadangkan kepada pengguna lebuh raya PLUS waktu perjalanan yang sesuai berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar.

Aplikasi MyPlus boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

MYJalan KKR pula merupakan aplikasi aduan untuk pengguna membuat semua jenis aduan berkaitan jalan raya seperti kerosakan, infrastruktur termasuk jalan raya yang bukan di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR). Aplikasi MYJalan KKR boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Pengaktifan Smart Lane di 18 lokasi

Untuk melancarkan lagi perjalanan dan mengurangkan kesesakan di Hari Raya, PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS. Bilangan ini termasuk 3 lokasi baharu berbanding 15 lokasi semasa Tahun Baru Cina pada Februari lepas.

PLUS juga telah mendapatkan nasihat pakar dan pandangan orang ramai untuk menambah baik sistem Smart Lane, antaranya:

  1. Papan tanda peringat Smart Lane di setiap sela 500 meter.
  2. Papan tanda amaran 200 meter sebelum Smart Lane bermula dan berakhir.
  3. Lampu berkelip hijau setiap 1km tanda pengaktifan.
  4. Paparan mesej elektronik mudah alih untuk memaklumkan pengguna.

Anda boleh memahami dengan lebih lanjut tentang fungsi dan cara menggunakan Smart Lane menerusi penerangan kami di sini, atau tonton video di bawah.

[Sumber: KKR]

Bacaan Berkaitan

  • Apakah itu Smart Lane PLUS? Pemandu Malaysia tahu cara menggunanya?
  • PLUS: Anda boleh pandu di lorong kecemasan jika ada SMART LANE
  • Tol percuma diumum dua hari sebelum Tahun Baru Cina, bukan untuk semua kenderaan
Tags: Alexander Nanta LinggiKKRplusSmart Lane
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Tol Percuma Hari Raya pada 8 & 9 April, 18 Smart Lane di PLUS diaktifkan

Tol Percuma Hari Raya pada 8 & 9 April, 18 Smart Lane di PLUS diaktifkan

29 March 2024
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER