Bajet RM100 dan nak cari pelan pascabayar berbaloi? Ada, mari saya senaraikan beberapa pilihan yang menarik mengikut 5 situasi ini. Kita ada pascabayar untuk:
- Data Unlimited
- Data Klasik
- Pelan iPhone
- Keluarga & Gadget
- Roaming
Data Unlimited
Uni5G Postpaid 99
Data Unlimited adalah kategori pertama yang ingin saya kongsikan. Pelan pertama yang ingin saya cadangkan adalah Uni5G Postpaid 99. Harga bulanan adalah RM99/bulan dan ada promo menarik berjalan hingga 31 Mei 2024 yang sebenarnya telah dipanjangkan daripada 29 Februari dulu.
Sesiapa yang langgan Uni5G Postpaid 99 dalam tempoh promo, akan dapat akses 5G dan 4G tanpa had. Saya cuba cari info FUP keras pelan ini tapi masih gagal. Kalau anda ada info, sila kongsi dalam ruangan komen. Lagi yang tanpa had adalah panggialan suara.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Yes 5G Infinite Basic
Sebagai alternatif, mungkin anda boleh usyar Yes 5G Infinite Basic. Harga bulanan RM58/bulan sahaja dan anda terima akses 5G dan 4G tanpa had. Namun, kuota hotspotnya terhad kepada 20GB. Kalau anda nak hotspot lebih, bolehlah anda langgan pelan Standard, Premium, ataupun Ultra yang berikan hotspot sehingga 110GB tapi dalam masa yang sama, kekalkan mafaat lain dalam Infinite Basic.
Ataupun anda boleh tambat pelan kepada kontrak 12 bulan untuk terima kuota hotspot tambahan sebanyak 30GB. Jadi kuota 20GB pada Yes 5G Infinite Basic tadi menjadi 50GB.
Jangan lupa untuk manfaatkan kuota roaming Singapura tanpa had bila anda menyeberangi sempadan.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut
Data Klasik
Saya wujudkan kategori ini untuk pengguna yang mahukan data mentah tanpa sebarang sekatan kelajuan, macam sebelum perkataan “Tanpa had tapi dengan FUP disalahgunakan banyak telco”. Biasanya, penawaran pelan ini mudah difahami dan jelas penerangannya.
Hotlink Postpaid 70
Contohnya, Hotlink Postpaid 70. Komitmen bulanan adalah RM70/bulan tapi untuk 6 bulan pertama, anda cuma bayar RM60/bulan.
Anda dapat kuota 70GB (5G/4G) dan kuota tambahan 70GB 4G. Jadi, kalau anda berada di luar cakupan 5G sekalipun, anda masih boleh gunakan sehingga 70GB yang diperuntukkan. Hotspot dibolehkan dan anda dapat panggilan suara tanpa had.
Sekiranya anda pergi ke Singapura, Thailand, dan Indonesia, data yang sama boleh digunakan sewaktu perayauan melalui ciri Roam-Like-Home.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut
Pelan iPhone
Syarikat ada peruntukkan untuk bil telefon? Apa lagi, cari terus pelan iPhone.
Yes 5G Infinite+ Basic
Sambungan daripada kategori Unlimited tadi, Infinite+ membawa maksud pelan ini didatangkan dengan telefon. Dikatakan yang ini adalah pelan iPhone termurah dalam industri sewaktu dilancarkan.
Sekiranya anda ambil Yes 5G Infinite+ Basic dengan iPhone 15 256GB kontrak selama 24 bulan, komitmen bulanan anda adalah RM222. Anda dapat iPhone dengan talian telco.
Cuba kita ceraikan telefon daripada pelan. iPhone 15 256GB harganya RM4,899 kalau anda ambil EPP 24 bulan, bulanan anda jadi kira-kira RM204. Anda ada kira-kira RM22 untuk pelan telco. Tak banyak pelan telco bajet itu yang berikan kuota Internet 5G/4G tanpa had.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Keluarga & Gajet
Kategori seterusnya adalah keluarga & gajet. Ini adalah untuk anda yang ibu bapa yang nak sediakan talian telco untuk anak-anak. Ataupun anak-anak nak payung talian telco untuk ibu bapa, pun boleh. Satu lagi, mungkin anda nak lengkapkan gajet macam tablet dengan sambungan Internet tanpa perlu uruskan dua bil asing.
CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE
CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE adalah pelan yang saya sarankan anda periksa. Untuk RM60/bulan, anda dapat kuota 70GB (5G/4G) dan tambahan 35GB sekiranya anda daftarkan bawah kontrak selama 12 bulan.
Yang bestnya, anda diberikan servis Internet fiber selama 6 bulan. Bolehlah nak cuba-cuba produk jalur lebar CelcomDigi, manalah tahu anda berpuas hati dan nak terus melanggan.
Kemudian, untuk pelan Postpaid 5G 60 SE ini, sehingga 2 talian tambahan boleh dimasukkan dibawahnya. Pelan family yang ada adalah Postpaid 5G Family SE 15GB dengan panggilan tanpa had pada harga RM30/bulan atapun Postpaid 5G Family 90GB berharga RM40/bulan.
Untuk gajet, anda boleh masukkan Postpaid 5G SIM 30GB RM30/bulan.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Maxis Family Plan for 4
Untuk keluarga besar sekurang-kurangnya 4 orang, Maxis ada tawarkan pelan keluarga yang sesuai. Pada harga RM299/bulan, anda dapat 4 talian telco tanpa had, panggilan tanpa had, dan SMS tanpa had.
Dalam Terma & Syarat ada FUP berkumpulan sebanyak 500GB, tapi ayatnya adalah “May Limit Browsing Speed”. Maknanya bukanlah automatik akan diturunkan kelajuan, sebaliknya akan dipantau oleh Maxis sekiranya perlu. Kemudian, anda juga dapat Maxis Home Fibre 30Mbps dan akhir sekali, ada kontrak 24 bulan sebagai syarat langganan.
5 produk pada harga RM300. Satu produk jatuh RM60/bulan. Oklah bukan?
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Roaming
Kategori ini untuk anda yang selalu outstation ke luar negara.
U Mobile Postpaid 98
Kalau nak paling hampir dengan bajet RM100, cuba tengok U Mobile Postpaid 98. Harganya RM98/bulan. Anda dapat data berkelajuan tinggi 1TB (5G/4G), dah macam FUP pelan unlimited sesetangah telco. Kemudian, anda boleh kongsi pula data untuk dengan gajet lain melalui hotspot. Seperti biasa, pelan sepremium ini berikan anda panggilan suara tanpa had.
Tapi yang paling gempak adalah ciri roaming-nya.
Setiap bulan, anda dapat 15GB data untuk perayauan dan ia boleh digunakan di 63 negara termasuklah Arab Saudi. Jadi untuk yang pergi haji atau umrah, tak perlu lagi risau nak langgan pas perayauan. Sewaktu di luar negara, anda juga boleh terima u mobil panggilan telefon secara percuma. Biasanya ciri ini berbayar.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
Pelan pascabayar apa yang sedang anda langgan?
Itulah dia beberapa saranan pascabayar bajet RM100 saya untuk anda. Pelan pascabayar apa yang anda langgan sekarang dan kenapa anda langgannya? Cuba kongsikan pengalaman anda dalam ruangan komen.
Bacaan berkaitan
5 Terbaik: Telefon bawah RM2,000 (2024), power dan berbaloi
5 Terbaik: Fon putik ANC murah bawah RM200, tiada gangguan lagi (2024)
5 Terbaik: Tablet bawah RM2,000 di Malaysia (2024), berkuasa tinggi dan tak mahal