• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Stesen EV DC 47kW dikesan di Gua Musang milik DC Handal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:37 pm
  • 02/04/2024
  • Komen
Stesen EV DC 47kW dikesan di Gua Musang milik DC Handal
Share on FacebookShare on Twitter

Laluan Lembah Klang ke Kota Bahru melalui Jalan Persekutuan 8 melalui Bentong, Raub, Kuala Lipis dengan kederaan EV adalah berbahaya kerana tiada stesen pengecas EV dalam jarak ratusan kilometer. Masalah itu akan terungkai dengan stesen EV yang dikesan sedang dipasang di bandar Gua Musang, Kelantan oleh DC Handal.

Gua Musang dikatakan satu lokasi strategik kerana berada 250km daripada Kuala Lumpur dan 200km daripada Kota Bharu lantas menjadi titik tengah untuk EV lakukan top-up pada jarak kembara mereka sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.



Daripada entri yang dimuat naik oleh pengguna Plugshare, DC Handal sedang memasang pengecas EV jenis DC 47kW dengan fungsi pengagihan kuasa dinamik daripada jenama Autel. Ia adalah model yang sama boleh anda temukan dipasang pengendali yang sama di Vertical B1, Bangsar Sounth.

Tidak seperti pengecas DC Handal di Plaza Tol Assam Jawa WCE, pengecas di Gua Musang ini masih di peringkat awal dan tidak dapat dipastikan sama ada ia akan beroperasi sebelum Hari Raya Aidilfitri 2024 menjelma ataupun tidak. Sebagai lokasi strategik, 47kW dilihat sebagai tidak mencukupi ditambah pula dengan sistem pengagihan kuasa dinamik. Jangkakan kesesakan di lokasi ini apabila ia beroperasi kelak.



Memandu EV membelah Semenanjung Malaysia daripada KL ke Gua Musang adalah tidak disarankan kecualilah anda miliki EV berjarak kembara lebih 500km. Kebanyakan dariapda pemandu EV lebih selesa menggunakan laluan LPT1 dan lakukan isian semula di Gambang sebelum teruskan perjalanan ke Terengganu dan Kelantan.

Bacaan Berkaitan

WCE ada stesen EV DC Handal 200kW di Tol Assam Jawa

Proton & Perodua siap sedia lancar EV dalam 2025

EV murah hujung 2025? Perodua dipilih peneraju pengeluar EV mampu milik tempatan

Tags: dc handalEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Stesen EV DC 47kW dikesan di Gua Musang milik DC Handal

Stesen EV DC 47kW dikesan di Gua Musang milik DC Handal

2 April 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN