• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Hanya tap dan bayar dengan telefon anda – Pembayaran Tanpa Sentuh Visa menjadikan membeli-belah semudah membuka kunci telefon

  • OLEH Penaja
  • 10:24 am
  • 02/04/2024
  • Komen
Hanya tap dan bayar dengan telefon anda – Pembayaran Tanpa Sentuh Visa menjadikan membeli-belah semudah membuka kunci telefon
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Visa]

Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang pembayaran tanpa sentuh. Kita juga merupakan salah satu negara tertinggi di rantau ASEAN yang mengadaptasi kaedah pembayaran tanpa sentuh dan menggunakan transaksi e-Wallet untuk membeli sesuatu atau membayar untuk perkhidmatan. Pembayaran tanpa sentuh sememangnya memudahkan, dijamin selamat dan diterima di mana-mana sahaja.

Pembayaran tanpa sentuh yang dikuasakan Visa, digunakan oleh semua lapisan masyarakat, dari orang tua hinggalah ke muda, dari orang berada dan juga orang biasa. Ianya sangat mudah.

Penggunaan pembayaran tanpa sentuh sangat ringkas dan cepat. Anda hanya perlu tap untuk bayar, jauh lebih mudah berbanding menggunakan tunai. Tak perlu juga untuk anda fikir tentang baki atau ruang di dalam dompet, mahupun baki di dalam poket. Anda hanya perlu tap kad anda pada pembaca kad, dan siap. Sekelip mata anda selesai membuat pembayaran.

Namun, terdapat lagi satu cara yang tersedia untuk digunakan oleh rakyat Malaysia, iaitu pembayaran tanpa sentuh mudah alih. Secara ringkasnya, anda menggunakan telefon pintar atau jam pintar untuk membuat pembayaran, berbanding menggunakan kad NFC atau melancarkan aplikasi e-Wallet. Bagaimana itu memudahkan?

Sebagai contoh, jika anda mahu membayar barang runcit di pasaraya, anda hanya mengeluarkan telefon pintar anda, dan aktifkan dompet elektronik anda dan bayar dengan tap telefon pada mesin pembayaran.

Selain itu, di pam petrol, hanya tap sahaja jam pintar anda pada pembaca NFC, kemudian pembayaran boleh terus diproses serta-merta. Telefon pintar anda selamat berada di dalam poket, manakala isian petrol tidak terganggu. Semuanya dibayar dan dijamin selamat.

Pembayaran tanpa sentuh Visa adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk membuat pembayaran sekarang kerana telefon pintar ataupun jam pintar sentiasa berada pada anda. Bukan sahaja ia lebih memudahkan, tetapi penggunaan juga telah meningkat di Malaysia. Dalam tahun 2021, sebanyak 40% pengguna membayar menggunakan telefon/jam pintar. Tahun lepas? 57%. Untuk konteks, purata di ASEAN adalah 66%.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa perkara ini berlaku. Pertama sekali, lebih banyak telefon hadir lengkap dengan ciri NFC terbina. Telefon murah pun ada NFC. Jadi sekarang lebih ramai orang boleh menggunakan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti mereka, satu fungsi yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna telefon mewah.

Kedua, dan paling penting, pembayaran tanpa sentuh mudah alih adalah selamat dan terjamin. Perkhidmatan Token Visa melindungi setiap transaksi yang berlaku, jadi semua transaksi sentiasa disokong oleh sistem keselamatan Visa. Cara untuk pembayaran tanpa sentuh mudah alih juga senang.

  • Tambahkan Kad Visa anda pada telefon pintar atau jam tangan pintar berdaya pembayaran anda
  • Cari simbol  pada terminal semasa pembayaran
  • Pegang telefon atau peranti anda pada simbol untuk membayar
  • Setelah urus niaga diluluskan, anda boleh keluar bersama barang pembelian

Di Malaysia, dompet utama kebanyakannya menyokong pembayaran tanpa sentuh Visa, macam contoh Apple Pay, Google pay dan Samsung Pay. Tambahan pula, kebanyakan bank-bank utama turut menyokong dompet mudah alih. Anda hanya perlu tambah kad bank anda ke dalam dompet mudah alih terlebih dahulu sebelum membayar. Hanya satu langkah ringkas untuk menambahnya. Ikut arahan di aplikasi dompet mudah alih untuk tambah kad bank anda untuk pembayaran mudah alih.

Apa yang membuatkan pembayaran mudah alih selamat digunakan adalah ia tidak bergantung kepada sambungan internet atau selular untuk berfungsi. Kad yang didaftar pada platform ini akan dihantar kepada rangkaian pengeluar kad semasa pendaftaran, dan dalam kes ini ialah Visa.

Setiap maklumat akaun akan dipautkan ke sistem Visa dengan nombor akaun digital dalam bentuk token bersama dengan kunci token. Maklumat ini juga kemudian akan disimpan di tempat yang selamat dalam telefon. Apabila transaksi pembayaran diproses, maklumat tersebut disahkan menerusi rangkaian Visa dengan kunci token di dalam telefon pintar. Setelah disahkan, maklumat terperinci kad akan dinyahsulit dari token dan dihantar pada bank untuk membenarkan pembayaran dilakukan.

Semua proses ini berlaku di dalam peranti, jadi internet tidak diperlukan, lantas menjadikannya transaksi yang selamat untuk semua. Jadi inilah dia, cara pembayaran terbaik untuk membuat pembelian barangan anda adalah dengan telefon pintar atau jam pintar. Oleh itu, mulakan tap telefon anda untuk membuat pembayaran. Ketahui lebih lanjut di http://www.visa.com.my/.

Tags: apple paygoogle paySamsungPayvisavisa malaysiavisa paywaveVisa tanpa sentuh
Penaja

Penaja

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Hanya tap dan bayar dengan telefon anda – Pembayaran Tanpa Sentuh Visa menjadikan membeli-belah semudah membuka kunci telefon

Hanya tap dan bayar dengan telefon anda – Pembayaran Tanpa Sentuh Visa menjadikan membeli-belah semudah membuka kunci telefon

2 April 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER