• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:06 pm
  • 03/04/2024
  • Komen
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas
Share on FacebookShare on Twitter

Masalah telefon pintar cepat panas boleh dialami oleh setiap individu. Ada pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada punca telefon pintar cepat panas seperti digunakan semasa pengecasan, membuka terlalu banyak aplikasi dalam satu masa, menonton video secara berterusan atau terdedah kepada cahaya matahari.

Ia boleh menjadi satu isu besar jika terlalu kerap berlaku. Telefon pintar yang terlalu panas boleh memperlahankan prestasi telefon atau menyebabkan ia berhenti berfungsi terus. Ia boleh mengakibatkan kerosakan yang kekal. Kesannya anda mungkin perlu menukar bateri atau mendapatkan telefon pintar baharu.



Berita baiknya, saya akan kongsikan 7 cara elak telefon panas yang boleh anda lakukan, sekali gus dapat mencegah masalah lebih serius.

1. Alih daripada persekitaran panas

Jika telefon pintar anda berada di persekitaran panas, alihkan dengan segera. Semasa berkelah di pantai, telefon anda boleh menjadi panas dalam tempoh beberapa minit di bawah terik matahari, sama juga jika anda membiarkannya di dalam kereta ketika cuaca panas.



240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

Jika anda berada di luar, elakkan tinggalkan telefon di dalam kereta pada hari yang panas. Sebaiknya anda disarankan untuk meletakkan telefon pintar dalam persekitaran gelap, seperti beg. 

2. Tutup aplikasi tidak digunakan

Walaupun anda mungkin tidak menggunakan sesuatu aplikasi secara aktif, tetapi ia masih boleh mungkin berfungsi di latar belakang menyebabkan telefon bekerja lebih banyak dan menjadi panas. 

Tutuplah sebarang aplikasi yang tidak digunakan, tindakan ini bukan sahaja sebagai cara elak telefon panas, bahkan dapat mencegah bateri cepat habis. Anda boleh cuba langkah di bawah:

Untuk Android: 

  • Klik ikon menu di sudut kiri bawah skrin – sama ada … atau III 
  • Kalau tiada pilihan di atas, leretkan skrin dari bawah ke atas untuk lihat aplikasi yang berfungsi di latar belakang dan leretkan ke tepi untuk menutupnya

Untuk iOS:

  • Leret perlahan dari bawah skrin ke atas untuk lihat semua aplikasi yang berfungsi di latar belakang
  • Kemudian, leretkan ke tepi aplikasi yang tidak diperlukan
  • Untuk telefon pintar yang masih mempunyai butang Home, klik butang 2x untuk lihat aplikasi yang terbuka

3. Matikan telefon pintar

240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

Jika cara elak telefon panas di atas tidak membantu, anda mungkin perlu mematikan telefon pintar dan biarkan letakkan ia di persekitaran dingin untuk seketika. Tindakan ini dapat membantu mengurangkan suhu telefon kerana ia akan menutup semua aplikasi sedang dibuka.

4. Gunakan pengecas berkualiti

Jika telefon anda menjadi terlalu panas semasa mengecas, mungkin terdapat masalah dengan pengecas atau kabel. Penggunaan pengecas atau kabel berkualiti rendah juga boleh menyebabkan telefon pintar menjadi cepat panas.

Tidak dinafikan terdapat pelbagai alternatif pengecas atau kabel murah di pasaran, namun ia bukanlah pilihan terbaik. Amat disarankan untuk membeli dan menggunakan pengecas dan kabel dari jenama dipercayai dan berkualiti.

5. Kemas kini perisian dan aplikasi

Perisian atau aplikasi lama mungkin menyebabkan lebih banyak tenaga diperlukan untuk berfungsi dan dengan itu akan membuat telefon pintar menjadi terlalu panas. Dengan mengemas kini perisian dan aplikasi secara berkala, ia dapat memastikan kelancaran dan kecekapan fungsi telefon pintar anda.

Bagi membolehkan perisian telefon pintar anda sentiasa dikemas kini secara automatik, lakukan cara ini:

Untuk Android:

  • Buka tetapan
  • Klik Software updates atau System update pada menu
  • Hidupkan togol Auto download over WiFi

Untuk iOS:

  • Buka tetapan
  • Klik General > Software Update untuk menyemak secara manual kemas kini OS
  • Hidupkan togol Automatic Updates untuk membolehkan kemas kini dilakukan secara automatik apabila telefon pintar dalam WiFi dan sedang dicas
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

Anda juga boleh memastikan aplikasi berada dalam tetapan kemas kini secara automatik dengan melakukan tetapan berikut:

Untuk Android:

  1. Buka Google play
  2. Klik profil pengguna
  3. Pilih Manage apps & device
  4. Jika terdapat kemas kini, pilihan Updates available akan kelihatan

Untuk iOS:

  1. Buka tetapan
  2. Klik App Store pada menu
  3. Pastikan togol App Updates dihidupkan

Anda juga disarankan untuk membuang sebarang aplikasi yang tidak digunakan. Ia bukan sahaja sebagai cara elak telefon panas tetapi dalam masa sama, menjimatkan ruangan storan.

6. Kurangkan kecerahan skrin

Walaupun mungkin kelihatan seperti tidak penting, tetapi kecerahan skrin telefon pintar boleh memberi kesan kepada penggunaan tenaga. Semakin banyak tenaga yang digunakan, semakin cepat telefon untuk menjadi panas. 

Cuba untuk kurangkan kecerahan skrin untuk menjimatkan tenaga dan dalam masa sama, mengurangkan tekanan pada mata kesan menatap cahaya yang terang. Anda juga boleh pertimbangkan untuk memendekkan tempoh masa paparan (screen timeout). 

7. Berehat seketika

Mana-mana peranti elektrik yang digunakan untuk tempoh yang lama boleh menjadi panas, betul tak? Begitulah keadaannya dengan telefon pintar anda.

Jika anda sudah bermain permainan video atau menonton video terlalu lama, apa kata berhenti seketika. Ia bukan sahaja dapat membantu menyejukkan telefon pintar anda, tetapi dalam masa sama merehatkan mata anda. 

Semoga perkongsian cara elak telefon panas di atas bermanfaat untuk anda. Tetapi jika selepas mencuba tip yang dikongsikan dan telefon pintar anda masih cepat masih cepat panas, bawalah ia untuk pemeriksaan di kedai bagi mendapatkan penyelesaian lebih baik.

[Sumber: PCMag]

Bacaan berkaitan:

  • TIPS: 5 kesilapan biasa perlu elak masa cas telefon pintar
  • TIPS: 5 cara berkesan jaga bateri telefon & laptop supaya tahan lama
  • TIPS: 5 cara caj bateri telefon dengan cepat
Tags: Cara elak telefon panaspunca telefon cepat panasTelefon cepat panas
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER