Pasaran Malaysia telah menerima masuk satu EV sedan yang istimewa. GWM Ora 07 kini memegang lencana sebagai sedan elektrik termurah boleh anda dapatkan dalam pasaran setakat ini. Ia dilihat bakal bersaing rapat dengan model seperty Tesla Model 3 dan juga BYD Seal.
Harga GWM Ora 07 di Malaysia
Ora 07 sudahpun boleh didapatkan dalam pasaran Malaysia. Sebanyak dua varian boleh anda pilih iaitu:
- Long Range Ultra – RM169,800
- Performance – RM189,800
Setiap unit Ora 07 dilindungi jaminan seperti:
- 6 tahun atau 150,000km untuk badan kereta.
- 8 tahun atau 180,000km untuk bateri, motor, dan unit kawalan
- 12 tahun jamin bebas daripada karat dan hakisan
- Pertukaran bateri kereta 1-dengan-1 sekiranya kesihatan bateri turun bawah 70% dalam tempoh jaminan.
Bukan tu saja, 500 pembeli terawal akan terima pengecas jenis wallbox dan juga tambahan jaminan badan kereta kepada 8 tahun ataupun 180,000km.
@soyacincautiktok GWM Ora 07 adalah sedan elektrik termurah di Malaysia setakat ini. Ia akan bersaing rapat dengan BYD Seal dan Tesla Model 3. Berapa harganya? #ora #gwmora #gwmora07 #07 #cartiktok #evtok #termurah #ev #soyacincautiktok #fyp ♬ original sound – SoyaCincautiktok
Spesifikasi GWM Ora 07
Berbanding sesi previu Ora 07 yang kami hadiri beberapa minggu sebelum pelancaran rasmi, didapati yang unit di Malaysia ada spesifikasi lebih menarik berbanding yang ditawarkan di Thailand. Contohnya, varian termurah Ora 07 di Malaysia masih hadir dengan kerusi elektrik dengan fungsi urut serta heads-up display yang tidak ditawarkan pada varian termurah Ora 07 dalam pasaran Thailand.
Jadi untuk pengguna Malaysia, tidak kira varian mana yang anda dapatkan, bahagian kabin kedua-dua varian adalah sama. Anda dapat seperti sistem audio 11 speaker Infinity, bilangan port USB yang sama, sistem pengecasan wayarles 50W, Apple Carplay dan Android Auto Wayarless, dan banyak lagi.
Malahan, sistem bantu pandu pasif dan aktif juga sama termasuklah fungsi parkir automatik.
Yang membezakan varian Ora 07 sebahagian besarnya adalah pada prestasi motor dan satu lagi saiz tayar. Ora 07 Long Range Ultra dilengkapi roda bersaiz 18” dan ia adalah pacuan roda depan dengan motor beroutput 150kW (204PS) dan tork setinggi 340Nm.
Kenderaan ini mampu memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 7.9s. Sebagai perbandingan, Tesla Model 3 RWD boleh lakukannya dalam masa 6.1s sementara BYD Seal Premium dalam masa 5.9s.
Jarak kembara yang dimilikinya adalah 640km berdasarkan perkiraan NEDC berbekalkan bateri berkapasiti 83.5kWh. Apabila perlu dicas, ia menyokong sistem pengecasan DC 88kW dan AC 11kW.
Varian yang lebih mahal, Ora 07 Performance juga ada sistem bateri dan pengecasan yang sama. Beza varian ini berbanding Long Range Ultra adalah saiz roda yang lebih besar pada 19” dan sistem motor berkembar yang hasilkan 300kW dan 680Nm tork. Makanya, ia catatkan pecutan abad lebih pantas pada 4.3s. Untuk perspektif Tesla Model 3 AWD Long Range ambil masa 4.4s sementera BYD Seal 3.9s.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.