• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TIPS: Cara hantar ucapan raya di WhatsApp pada ramai orang sekali gus

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:54 am
  • 09/04/2024
  • Komen
240408 Cara hantar WhatsApp ucapan ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Nak hantar kad raya fizikal dengan setem memang sudah tidak sempat. Namun kita ada cara lebih mudah untuk menghantar ucapan, iaitu secara digital menggunakan medium seperti WhatsApp dan Telegram.

Tetapi bayangkan jika anda mempunyai senarai kenalan beratus orang, mahu putus jari juga untuk hantarkan ucapan raya digital walaupun hanya dengan salin tampal ucapan yang sama. Itu belum kira lagi masalah liputan telefon yang kadang-kala terganggu pada malam raya.



Nasib baik ada cara yang lebih mudah, iaitu dengan hantar ucapan raya pada ramai orang sekali gus. Nak tahu bagaimana caranya? Jom saya kongsikan.

Hantar Broadcast di WhatsApp

Bagi pengguna WhatsApp, anda boleh menghantar ucapan raya kepada ramai orang sekali gus menggunakan Broadcast Lists. Ia berfungsi sebagai kaedah komunikasi satu-ke-banyak. 



Penerima dalam senarai ini pula akan menerima mesej anda sebagai mesej individu dalam tab perbualan mereka. Jawapan balas juga akan dihantar sebagai mesej biasa dan tidak akan dihantar kepada kenalan lain dalam senarai tersebut.

Terdapat 3 syarat untuk menggunakan fungsi ini:

  • Semua kenalan perlu menyimpan nombor anda 
  • Anda boleh menghasilkan sebanyak mungkin senarai Broadcast yang diinginkan
  • Had maksimum kenalan untuk satu senarai Broadcast adalah sehingga 256 orang

Senarai Broadcast Lists adalah senarai kenalan yang akan disimpan dan membolehkan anda menghantar mesej secara berulang kepada mereka.

Bergantung kepada versi WhatsApp anda, ini caranya cipta Broadcast Lists:

Untuk Android

  1. Klik More options pada menu, kemudian pilih New broadcast
  2. Cari kenalan yang ingin ditambah
  3. Klik ✔

Untuk iOS

  1. Klik Chats, kemudian pilih ikon + pada bahagian atas kanan
  2. Pilih New Broadcast  dan tambahkan senarai kenalan
  3. Klik Create

Anda juga boleh edit senarai tersebut dengan cara ini:

  1. Buka Broadcast List, cari butang tindih 3 atau ikon i
  2. Pada skrin info, anda boleh tambah atau padam kenalan
240408 Cara hantar WhatsApp ucapan ramai
240408 Cara hantar WhatsApp ucapan ramai

Lepas ucapan raya pada ramai orang sekali gus, boleh ke padam Broadcast list tu? Jangan risau, mestilah boleh dipadam senarai tersebut. Ini caranya:

  1. Buka Broadcast list yang ingin dipadam
  2. Klik Delete
240408 Cara hantar WhatsApp ucapan ramai

Mudahlah lepas untuk hantar ucapan raya pada ramai orang sekali gus, tak perlu nak salin tampal mesej berkali-kali. Cara ini juga boleh digunakan jika anda mahu menghantarkan sebarang jemputan majlis kepada jumlah penerima yang ramai sekali gus. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan berkaitan:

  • TIPS: Cek kesesakan trafik dan navigasi balik kampung (2024)
  • TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)
Tags: cara hantar ucapan rayaHari RayawhatsappWhatsapp Broadcast
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240408 Cara hantar WhatsApp ucapan ramai

TIPS: Cara hantar ucapan raya di WhatsApp pada ramai orang sekali gus

9 April 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN