• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple sasar lancarkan Mac M4 berkuasa AI hujung tahun ini

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:33 am
  • 12/04/2024
  • Komen
2404012 Apple cip M4
Share on FacebookShare on Twitter

Apple merancang untuk menyegarkan keseluruhan barisan Mac dengan cip M4 yang akan memfokus pada kecerdasan buatan (AI). Peralihan kepada M4 akan bermula lewat tahun ini dengan iMac, MacBook Pro 14-inci dan 16-inci dan Mac mini yang diperbaharui.

Manakala sepanjang tahun 2025, Apple akan menampilkan lebih banyak model dengan cip M4. Ini termasuk MacBook Air 13-inci dan 15-inci, Mac Studio dan Mac Pro.



3 varian cip Apple M4

Walaupun Apple baru sahaja melancarkan MacBook Pro pertama dengan cip M3 pada November 2023, laporan menyatakan Apple sedang “hampir memasuki pengeluaran” cip M4 pertama. 

Keluarga M4 akan hadir dalam sekurang-kurangnya tiga variasi utama, termasuk cip M4 peringkat asas yang diberi nama kod Donan, cip Brava untuk peringkat pertengahan dan cip Hidra yang berprestasi tinggi.



2404012 Apple cip M4
MacBook Pro 2023

Menurut laporan, Apple akan memasukkan cip Donan pada model asas MacBook Pro dan MacBook Air serta model spesifikasi rendah Mac mini. Cip Brava untuk peringkat pertengahan akan digunakan pada MacBook Pro spesifikasi tinggi, Mac mini dan Mac Studio. Manakala cip yang berprestasi tinggi, Hidra akan dipasangkan pada Mac Pro.

Dengan cip M4, Apple dilaporkan merancang untuk “menonjolkan keupayaan pemprosesan AI komponen tersebut dan cara ia akan disepadukan dengan versi macOS seterusnya”.

2404012 Apple cip M4

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa sebagai sebahagian daripada peningkatan, Apple sedang mempertimbangkan untuk membenarkan komputer desktop Mac spesifikasi tinggi untuk menyokong sehingga memori sebesar 512GB. Ia merupakan peningkatan daripada had maksimum semasa iaitu 192GB.

Terdahulu, Apple juga dikatakan bakal melancarkan iPad Pro baharu dengan skrin OLED dan  iPad Air baharu dengan skrin terbesar 12.9-inci pada bulan depan. Memang banyak perancangan Apple untuk tahun 2024 dan 2025. Sama ada menjadi kenyataan atau tidak, sama-samalah kita nanti.

[Sumber: Bloomberg]

Bacaan berkaitan:

  • Apple akan benarkan baiki iPhone guna alat ganti terpakai
  • Apple mungkin batalkan iPad lipat jika tak dapat atasi masalah skrin ini
  • iPad mini 2024 hanya akan terima satu kemas kini?
Tags: applecip M4imacmac minimac studiomacbook airmacbook pro
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
2404012 Apple cip M4

Apple sasar lancarkan Mac M4 berkuasa AI hujung tahun ini

12 April 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER