• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stor Online Xiaomi Malaysia dah buka! Banyak diskaun dan jualan kilat murah

  • OLEH Najib
  • 11:11 am
  • 15/04/2024
  • Komen
Stor Online Xiaomi Malaysia dah buka! Banyak diskaun dan jualan kilat murah
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia kini mengumumkan pembukaan stor online baru mereka. Selain memiliki stor online rasmi di Lazada dan Shopee, stor online baru Xiaomi Malaysia kini terletak di laman web mereka sendiri.

Sempena pembukaan stor online baru ini, Xiaomi Malaysia menawarkan jualan kilat untuk produk terpilih, serta diskaun sehingga RM190 menggunakan baucar untuk pengguna baru.



Stor online baru ini terletak di alamat www.mi.com/my/store. Jika anda berada di halaman utama Xiaomi Malaysia, akan terdapat tab Store di bahagian atas.

Pelbagai produk keluaran Xiaomi boleh didapati di Stor Online Xiaomi Malaysia, termasuk telefon pintar, tablet serta pelbagai produk IoT dan peralatan rumah seperti jam pintar, fon putik, robot vakum dan banyak lagi. Antara produk baru yang menarik adalah Xiaomi Smart Blender dan Xiaomi Cordless Pressure Washer.



Jualan Kilat masa terhad, Monitor 23.8″ hanya RM299

Salah satu tawaran sempena pembukaan Stor Online Xiaomi Malaysia adalah jualan kilat. Terdapat dua sesi diadakan sehari iaitu antara pukul 12pm-2pm dan 8pm-10pm. Untuk hari ini 15 April 2024, produk yang ditawarkan adalah Xiaomi Electric Toothbrush T700 hanya RM39 (Harga asal RM389).

Jualan kilat pada hari seterusnya adalah seperti berikut:

  • 16 April – Mi Smart LED Bulb: RM5.90 (Harga asal RM49.90)
  • 17 April – 23.8″ Desktop Monitor 1C: RM299 (Harga asal RM509)
  • 18 April – Xiaomi Smart Blender: RM59 (Harga asal RM419)

Tetapi stok untuk jualan kilat ini adalah terhad. Siapa yang cepat sahaja akan dapat membelinya. Semak laman Daily Picks untuk tawaran kilat terbaru.

Tebus Baucar bernilai sehingga RM190

Untuk pengguna baru di Stor Online Xiaomi Malaysia, boleh mendapatkan baucar bernilai sehingga RM190 untuk pembelian. Ia dalam bentuk baucar potongan RM100 untuk pembelian minimum RM1,000, baucar potongan RM60 untuk pembelian minimum RM600, dan baucar potongan RM30 untuk pembelian minimum RM300.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua tawaran ini, layari Stor Online Xiaomi Malaysia yang serba baharu sekarang.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

  • Raikan Xiaomi Fan Festival bersama edisi terhad Redmi Note 13 Pro+ 5G
  • [REVIU] Xiaomi 14: Flagship kompak yang anda perlu miliki, lagi berbaloi daripada Galaxy S24
  • Redmi A3: Ada bonjol kamera ala Xiaomi 14 Ultra, harga RM429
Tags: Stor Online XiaomiStor Online Xiaomi Malaysiaxiaomixiaomi malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Stor Online Xiaomi Malaysia dah buka! Banyak diskaun dan jualan kilat murah

Stor Online Xiaomi Malaysia dah buka! Banyak diskaun dan jualan kilat murah

15 April 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN