• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift Go 14 OLED kini di Malaysia, harga bermula RM3,699

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:39 pm
  • 17/04/2024
  • Komen
Acer Swift Go 14 OLED kini di Malaysia, harga bermula RM3,699
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia mengumumkan penjualan laptop Swift Go 14 mereka dalam pasaran kita. Barisan laptop ini telah alami facelift pada segi rangka badan baharu dan pad sesentuh yang kini boleh berfungsi sebagai alat kawalan media.

Harga Acer Swift Go 14 (2024) di Malaysia

Acer Swift Go 14 (2024) ini hadir dalam beberapa konfigurasi pada pelbagai tanda harga. Secara asasnya ia terbahagi kepada dua kategori besar iaitu yang ada panel paparan 2.8K OLED tanpa fungsi sesentuh. Berikut adalah harganya:



  • Acer SwiftGo 14 (2024), 2.8K OLED, Core Ultra 7 155H – RM4,699
  • Acer Swift Go 14 (2024), 2.8K OLED, Core Ultra 5 125H – RM3,899

Kategori kedua adalah yang ada panel paparan WUXGA peka sentuhan dan berikut adalah harganya:

  • Acer Swift Go 14 (2024), WUXGA IPS, Core Ultra 9 185H – RM5,199
  • Acer Swift Go 14 (2024), WUXGA IPS, Core Ultra 7 155H – RM4,899
  • Acer Swift Go 14 (2024), WUXGA IPS, Core Ultra 5 125H – RM3,999

Dalam tempoh terhad iaitu sehingga 28 April 2024, semua laptop ini dijual pada harga RM200 lebih murah daripada harga pelancaran dan anda juga akan terima tetikus wayarles Acer Porsche Design bernilai RM399.



Spesifikasi Acer Swift Go 14 (2024)

Seperti yang dikatakan tadi, terdapat pembaharuan pada kerangka badan laptop ini. Model yang disegar semula ini boleh dikenal pasti melalui perumah paparan ber-notch disamping pad sesentuh baharu. Panel paparan ditawarkan dalam dua jenis, satu panel OLED 2.8K tanpa fungsi sentuh sementara satu lagi panel IPS WUXGA dengan fungsi sentuh.

Sekiranya anda berminat dengan versi OLED, variasi yang ada adalah yang diperkasa CPU Intel Core Ultra 7 dan Ultra 5 sementara untuk IPS WUXGA anda boleh pilih antara Intel Core Ultra 9, Ultra 7, dan juga Ultra 5. Varian tertinggi untuk siri ini miliki RAM 32GB LPDDR5X dan storan seluas 1TB SSD.

Pad sesentuh yang disekalikan dengan kawalan media ini telah diperbesar sebanyak 44% untuk kemudahan dan lain-lain tambah baik yang boleh anda temui adalah seperti engsel yang boleh dibuka 180 darjah disamping penutup webcam untuk lebih privacy.

Port I/O yang agak mewah diberikan pada bakal pemiliknya. Ia ada port HDMI bersaiz penuh, 2 USB-A dan 2 USB-C yang menyokong USB4. Malangnya, pembaca kad SD pada laptop ini adalah dalam format mikro-SD.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.

Bacaan berkaitan

Acer Nitro 16 (2024): Pilih sama ada Intel Core i7 gen-14 ataupun Ryzen siri 8040

Predator Helios Neo 14: Laptop 14” kompak RTX 40 dan Intel Core generasi ke-14

Tags: Aceracer swift go 14
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Swift Go 14 OLED kini di Malaysia, harga bermula RM3,699

Acer Swift Go 14 OLED kini di Malaysia, harga bermula RM3,699

17 April 2024
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN