• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia Airlines & AirAsia batal penerbangan ke Sabah/Sarawak akibat letusan Gunung Ruang

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:09 pm
  • 18/04/2024
  • Komen
Capital A & Garuda umum kerjasama pelbagai sektor, penerbangan AirAsia & Citilink akan lebih lancar disambung
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa syarikat penerbangan tempatan telah mengumumkan pembatalan penerbangan mereka untuk laluan Sabah dan Sarawak. Ia susulan letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang yang terletak di Sulawesi Utara, Indonesia. Antara syarikat penerbangan yang terlibat adalah Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia, dengan ia melibatkan pembatalan penerbangan pada hari ini, 18 April 2024.

Berdasarkan kenyataan MAS yang dimuat naik di laman Facebook mereka, pembatalan penerbangan ini menjejaskan sebanyak 18 penerbangan. Ia termasuk untuk penerbangan dari atau ke Sabah seperti lokasi Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Bagi Sarawak pula, ia melibatkan penerbangan ke Kuching, Miri dan Bintulu.



Berikut adalah senarai penuh penerbangan Sabah yang dibatalkan oleh MAS:

  • MH7420 (KUL-TWU)
  • MH7421 (TWU-KUL)
  • MH2612 (KUL-BKI)
  • MH2621 (BKI-KUL)
  • MH2710 (KUL-SDK)
  • MH2711 (SDK-KUL)
  • MH2610 (KUL-BKI)
  • MH2611 (BKI-KUL)
  • MH7404 (KUL-BKI)
  • MH7405 (BKI-KUL)
  • MH2613 (BKI-KUL)

Untuk Sarawak, ini adalah senarai penuhnya:



  • MH2520 (KUL-KCH)
  • MH2513 (KCH-KUL)
  • MH2542 (KUL-KCH)
  • MH2543 (KCH-KUL)
  • MH2574 (KUL-MYY)
  • MH2575 (MYY-KUL)
  • MH2742 (KUL-BTU)
  • MH2473 (BTU-KUL)

Sekiranya anda adalah salah seorang penumpang yang terkesan, MAS memaklumkan mereka sedang berusaha untuk mendapatkan penerbangan alternatif bagi pelanggan yang terkesan sekiranya situasi telah bertambah baik. MAS juga mengingatkan pelanggan untuk mengemaskini butiran melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines.

Sementara itu, sama seperti MAS, AirAsia turut membatalkan penerbangan mereka untuk Sabah. Tetapi, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, kelihatan ia tidak melibatkan penerbangan Sarawak. AirAsia menyatakan penerbangan yang terkesan adalah untuk laluan dari Kuala Lumpur ke Tawau atau Tawau ke Kuala Lumpur Sahaja.

Selain itu, AirAsia memaklumkan pelanggan yang terkesan digalakkan untuk menyemak status penerbangan terbaru menerusi laman airasia.com/flightstatus. Pelanggan AirAsia juga diberi pilihan untuk memindakan tarikh penerbangan dalam tempoh 30 hari dari tarikh asal tanpa sebarang tambahan kos. Atau, anda juga boleh memilih opsyen untuk menerima pampasan dalam bentuk kredit dan ia boleh digunakan dalam masa dua tahun.

Bagaimanapun, setakat ini, hanya MAS dan AirAsia yang membatalkan penerbangan mereka. Syarikat penerbangan lain seperti FireFly dan Batik Air pula tidak mengumumkan sebarang pembatalan penerbangan untuk Sabah dan Sarawak.

[Sumber: Malaysia Airlines / AirAsia]

Bacaan berkaitan

  • Pas AirAsia Unlimited Asean 2024: Terbang tanpa had sepanjang tahun, bayar secara ansuran
  • Mengejutkan! Harga AirAsia di Android lagi murah dari iPhone
  • Malaysia Airlines akhirnya catat untung selepas 10 tahun rugi
Tags: AirAsiaGunung RuangMalaysia AirlinesMAS
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Capital A & Garuda umum kerjasama pelbagai sektor, penerbangan AirAsia & Citilink akan lebih lancar disambung

Malaysia Airlines & AirAsia batal penerbangan ke Sabah/Sarawak akibat letusan Gunung Ruang

18 April 2024
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN