• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink Super Streamer Pass: Tonton siaran langsung sukan, filem dan anime serendah RM9.90/bulan

  • OLEH Najib
  • 12:49 pm
  • 19/04/2024
  • Komen
Hotlink Super Streamer Pass: Tonton siaran langsung sukan, filem dan anime serendah RM9.90/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Hotlink kini berpeluang menonton pelbagai kandungan menerusi strim dengan lebih mudah dan murah. Hotlink kini memperkenalkan Super Streamer Pass baharu, pas yang memfokuskan penstriman dengan pengalaman definisi tinggi (HD) dan 5G.

Harga Super Streamer Pass bermula dari RM9.90/bulan, membolehkan pengguna untuk menikmati kandungan premium pada platform penstriman popular seperti Sooka, Viu atau iQIYI, tawaran yang terdapat buat masa ini. Pengguna boleh melanggan satu atau lebih pas ini dan ia datang bersama data 5G tanpa had untuk penstriman.



Sooka menyajikan akses rancangan sukan termasuk siaran langsung, dan kandungan hiburan. Hotlink menawarkan pas RM9.90/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, atau RM58.30/bulan untuk menonton di TV pintar terpilih.

Viu pula menyediakan kandungan seperti drama Melayu, Korea dan Asia Terbaik. Pas RM9.90/bulan membenarkan tontonan di telefon mudah alih dan TV pintar.



iQiyi juga menawarkan hiburan terbaik Asia, termasuk drama, filem dan anime. Pas RM9.90/bulan membolehkan tontonan di telefon mudah alih dan TV pintar, dengan kualiti sehingga 4K.

Pas ini boleh dilanggan oleh pengguna prabayar Hotlink yang memiliki pas internet bulanan aktif RM25 dan ke atas, serta semua semua pelanggan Pascabayar Hotlink. Langganan Super Streamer Pass boleh dibuat menerusi aplikasi Hotlink.

Ketua Pengguna Hotlink di Maxis, Rabiras Rajakrishnan berkata, “Super Streamer Pass baharu kami bertujuan memberikan pelanggan kami pengalaman hiburan yang terbaik. Nikmati sukan secara langsung ketika dalam perjalanan, atau tonton rancangan kegemaran anda pada bila-bila masa, semuanya dengan definisi tinggi dan internet sepantas kilat yang dikuasakan oleh rangkaian 5G Hotlink. Pelanggan juga boleh menikmati akses kepada kandungan premium pada kadar yang lebih rendah dan juga lebih fleksibiliti dengan pilihan bayar setiap bulan kami.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.hotlink.com.my.

[Sumber: Maxis]

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink Prepaid tanpa had kini ada kelajuan 5G penuh waktu malam
  • Hotlink perkaya pelan pascabayar dengan lebih banyak data 5G, serta panggilan dan SMS tanpa had
  • Haji & Umrah 2024: Ini pelan perayauan paling berbaloi boleh anda langgan
Tags: hotlinkHotlink Super Streamer PassiQIYIsookaViu
Najib

Najib

POPULAR

Hotlink Super Streamer Pass: Tonton siaran langsung sukan, filem dan anime serendah RM9.90/bulan

Hotlink Super Streamer Pass: Tonton siaran langsung sukan, filem dan anime serendah RM9.90/bulan

19 April 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN