• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink perkaya pelan pascabayar dengan lebih banyak data 5G, serta panggilan dan SMS tanpa had

  • OLEH Najib
  • 12:54 pm
  • 19/01/2024
  • Komen
Hotlink perkaya pelan pascabayar dengan lebih banyak data 5G, serta panggilan dan SMS tanpa had
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan liputan 5G semakin meluas di Malaysia, penggunaan data juga terus meningkat. Sehubungan itu, Hotlink telah mengambil langkah aktif dengan memperkayakan pelan prabayar dan pascabayar dengan lebih banyak data.

Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis, berkata: “Pelan prabayar dan pascabayar 5G baharu kami menawarkan pengalaman 5G terbaik. Untuk semua peminat gaming dan penstriman, kelajuan 5G kami yang tidak terhad menyediakan pengalaman berkualiti tinggi yang lancar tanpa gangguan. Untuk pempengaruh media sosial dan pelanggan yang memerlukan 5G yang sentiasa aktif, 5G tanpa had kami adalah ideal. Secara keseluruhan, kami berhasrat untuk menyediakan lebih banyak data dan nilai yang lebih baik secara menyeluruh dengan pengalaman 5G terbaik yang dibolehkan secara automatik untuk dinikmati semua orang.”



Semua pelan pascabayar Hotlink kini disertakan dengan akses 5G. Lebih baik lagi, semua pelan pascabayar ini telah digandakan data bonus 5G. Ia juga kekal disertakan dengan SMS dan panggilan tanpa had.

Peranti yang ditawarkan bersama pelan Hotlink Postpaid 60 dan 70

Di samping itu, pelanggan pelan Hotlink Postpaid 60 dan 70 boleh menikmati faedah subsidi peranti bagi yang layak. Manakala khas untuk pelan Hotlink Postpaid 70, ia turut datang bersama perkhidmatan perayauan di Singapura, Indonesia dan Thailand menggunakan kuota data sedia ada.



Berikut adalah kuota baru untuk pascabayar Hotlink:

  • Hotlink Postpaid RM30: 2GB (4G/5G) + 2GB (5G)
  • Hotlink Postpaid RM45: 30GB (4G/5G) + 30GB (5G)
  • Hotlink Postpaid RM60: 50GB (4G/5G) + 50GB (5G)
  • Hotlink Postpaid RM70: 70GB (4G/5G) + 70GB (5G) + perayauan percuma di Singapura, Indonesia, Thailand

Pelanggan Hotlink Postpaid 60 dan 70 sedia ada akan dinaik taraf bermula dari 18 hingga 29 Januari 2024. Hotlink Postpaid 40 akan dihentikan dan pelanggan sedia ada akan kekal pada pelan tersebut tetapi dengan data dinaik taraf daripada 30GB (4G sahaja) kepada 30GB (4G/5G). Semua pendaftaran baharu akan menikmati kuota internet baharu yang dinaik taraf secara automatik.

Untuk pilihan penuh dan maklumat lanjut tentang pelan Hotlink Pascabayar 5G yang dipertingkatkan, layari www.hotlink.com.my.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej 5G Rahmah: Maxis beri rebat RM10 untuk pelan Hotlink dan perayauan data 3 negara
  • Maxis 5G kini aktif, Hotlink pas bulanan sepantas 12Mbps dan serendah RM45
  • 5G di Maxis & Hotlink boleh digunakan mulai 15 Ogos, pelan 5G dari RM45/bulan dengan bonus data 5G
Tags: hotlinkHotlink PostpaidPascabayar Hotlink
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Hotlink perkaya pelan pascabayar dengan lebih banyak data 5G, serta panggilan dan SMS tanpa had

Hotlink perkaya pelan pascabayar dengan lebih banyak data 5G, serta panggilan dan SMS tanpa had

19 January 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN