• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme akan lancar telefon 5G paling murah mereka, Realme 12x

  • OLEH Najib
  • 7:48 pm
  • 19/04/2024
  • Komen
Realme akan lancar telefon 5G paling murah mereka, Realme 12x
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak awal tahun ini, Realme telah melancarkan tiga ahli keluarga dalam siri Realme 12. Tidak lama lagi, Realme Malaysia akan memperkenal satu lagi ahli dan dikhabarkan sebagai telefon 5G termurah, membawa nama Realme 12x 5G.

Dalam kenyataan Realme kepada media, pelancaran Realme 12x 5G akan diadakan pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Sehari selepas cuti Hari Pekerja.



Rupa Sama Tak Jauh Beza

Sama seperti ahli keluarganya yang lain, rupa Realme 12x juga tidak jauh berbeza. Ia mengekalkan bulatan besar kamera belakang, dengan empat bulatan kecil di dalamnya. Bagaimanapun, ia tiada rekaan jam mewah dan kemasan kulit seperti ahli Realme 12 yang lain.

Perbezaan terbesar pada Realme 12X adalah pada kemasan belakangnya. Untuk warna hijau, ia mengenakan kemasan seakan bulu burung, menandakan ia ada berat yang sangat ringan.



Manakala ahli Realme 12 yang lain pula memiliki harga seperti berikut:

  • Realme 12 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
    Realme 12 5G (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM1,299
  • Realme 12+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499
  • Realme 12 Pro+ (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,699
    Realme 12 Pro+ (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM2,099

Jika Realme 12x adalah telefon 5G termurah, boleh dilihat ia akan dikenakan harga di bawah RM1,099. Untuk rujukan, Realme 11x 5G tahun lepas dilancar pada harga RM999. Mungkin harga yang sama akan diletakkan untuk Realme 12x 5G.

Spesifikasi Realme 12x 5G

Realme Malaysia masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai spesifikasi telefon ini. Hanya menyatakan ia hadir dengan teknologi 6-antena 5G 360° dengan peningkatan signal. Ia menjanjikan penerimaan signal 5G yang stabil dan kuat, walaupun di persekitaran signal yang lemah seperti di dalam MRT bawah tanah.

Tetapi spesifikasi lain boleh dirujuk dengan Realme China, kerana ia telah dilancar dan kelihatan serupa dengan gambar yang dikongsi Realme Malaysia. Antaranya ia menggunakan cip Mediatek Dimensity 6100+ 6nm, serupa dengan cip yang digunakan Realme 12 5G. RAM pula sebesar 12GB dan storan antara 256GB dan 512GB.

Skrinnya jenis LCD seluas 6.67-inci, memiliki resolusi HD Penuh bersama kadar penyegaran adaptif, yang boleh turun serendah 1Hz dan naik sepantas 120Hz. Kecerahan skrin pula mencecah sehingga 625nits. Pengimbas capjari terletak di dalam butang kuasa, di sisi telefon.

Lubang kecil di atas skrin pula, memuatkan kamera hadapan 8MP F2.1. Di belakang, hanya ada dua kamera iaitu kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan USB-C sehingga 15W. Speaker hanya mono tetapi ia masih ada jek audio 3.5mm di bawah. Sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14 digunakan pada Realme 12x.

Dari gambaran yang diberi Realme Malaysia, kelihatan ada dua warna akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Pertama warna hijau dan kedua warna hitam.

Adakah Realme 12x di Malaysia nanti memiliki spesifikasi yang serupa dengan China? Lain-lain maklumat akan kita ketahui pada hari pelancarannya kelak.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 12 5G Malaysia: Storan 512GB termurah dengan cip Dimensity 6100+
  • Realme 12+ pamer rekaan jam mewah mampu milik, penggantian terus dalam 30-hari
  • Realme 12 Pro+ tiba di Malaysia, kamera periskop dengan zum 120x termurah di pasaran
  • Realme 11x 5G dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma di U Mobile
Tags: RealmeRealme 12x
Najib

Najib

POPULAR

Realme akan lancar telefon 5G paling murah mereka, Realme 12x

Realme akan lancar telefon 5G paling murah mereka, Realme 12x

19 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER