• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor MagicBook X 16 dikemas kini dengan Intel Core i5-12450H pada harga RM2,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:20 pm
  • 22/04/2024
  • Komen
Honor MagicBook X 16 dikemas kini dengan Intel Core i5-12450H pada harga RM2,999
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah melancarkan laptop terbaru mereka, Honor MagicBook X 16 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan model yang sama diperkenal pada tahun 2022 tetapi telah dikemaskini untuk menggunakan cip pemproses siri H yang lebih berkuasa di samping ditawarkan pada tanda harga lebih mampu milik.

Harga dan ketersediaan Honor MagicBook X 16

Laptop MagicBook X 16 terbaru ini tersedia didapatkan semua pengguna Malaysia bermula 25 April 2024. Ia datang dalam satu pilihan konfigurasi dan berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:



  • Honor MagicBook X 16 (Core i5-12450H, RAM 8GB, SSD 512GB) – RM2,999

Kepada pembeli terawal, Honor juga menyertakan hadiah percuma bernilai RM468 iaitu bag galas Honor dan setahun langganan Microsoft 365, sementara stok masih ada. Jika berminat, anda boleh dapatkannya di stor dalam talian Honor, atau gedung rasmi Honor di Lazada, Shopee, dan TikTok.

Spesifikasi Honor MagicBook X 16

Melihat daripada luaran, Honor MagicBook X 16 ada rupa paras dan fizikaliti yang sama seperti model terdahulu. Skrinnya menggunakan panel IPS berukuran 16-inci HD Penuh dalam nisbah 16:10. Paparan ini juga ada kecerahan puncak pada 300 nits dan mempunyai cakupan warna 45% NTSC, di samping menerima pengesahan TUV Rheinland untuk ada cahaya biru rendah dan bebas flicker.



Di dalamnya, ia dimuatkan dengan cip Intel Core i5-12450H generasi ke-12 yang memiliki 8 teras dan 12 threads, berikan prestasi lebih berkuasa berbanding cip siri U yang ada pada model MagicBook X 16 sebelum ini. Ia digandingkan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan SSD bersaiz 512GB, serta menjalankan Windows 11 Home.

Untuk tenaga, laptop ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 42Wh, dan Honor dakwa ia mampu memberikan masa menonton video sehingga 9 jam. Ini agak kecil berbanding 60Whr pada model terdahulu. Tetapi, pengecas 65W masih diberikan sekali di dalam kotak dengan pengecasan 30 minit membolehkan ia mengecas sehingga 53%.

Selain itu, penawaran I/O yang anda boleh temui pada laptop ini seperti dua USB-A 3.2 Gen 1, satu USB-C 3.2 Gen 1 yang turut digunakan untuk mengecas, satu HDMI 1.4b dan jek audio 3.5mm. Ia juga ada keyboard bersaiz penuh, dua speaker, dua mikrofon terbina dan webcam beresolusi 720p. Ciri sambungan wayarles yang disokong termasuk Bluetooth 5.1 dan WiFi 6.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor MagicBook X16.

Bacaan berkaitan

  • Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899
  • Honor Pad 9 5G kini rasmi, diperkasa Snapdragon 6 Gen 1 dengan 8 speaker pada harga RM1,799
  • Honor X9b kini ada storan 512GB, kekal tahan lasak dan dijamin dari retak
Tags: honorHonor MagicBookHonor MagicBook X 16honor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor MagicBook X 16 dikemas kini dengan Intel Core i5-12450H pada harga RM2,999

Honor MagicBook X 16 dikemas kini dengan Intel Core i5-12450H pada harga RM2,999

22 April 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER