• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Event ‘Let Loose’ dijangka perkenal iPad Pro M3 dan iPad Air baru

  • OLEH Najib
  • 2:34 am
  • 24/04/2024
  • Komen
Apple Event ‘Let Loose’ dijangka perkenal iPad Pro M3 dan iPad Air baru
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengeluarkan jemputan ke majlis pelancaran mereka yang akan datang. Ia akan diadakan dalam tempoh 2 minggu dari sekarang, pada 7 Mei 2024 pukul 7 pagi waktu Pasifik. Ia bersamaan dengan hari Selasa, 7 Mei 2024 pukul 10 malam waktu Malaysia.

Kepada yang berminat untuk menonton majlis pelancaran ini secara langsung, boleh menyaksikannya menerusi laman web Apple.com atau saluran YouTube Apple.



Pencil us in for May 7! ✏️ #AppleEvent pic.twitter.com/1tvyB7h450

— Tim Cook (@tim_cook) April 23, 2024

Dalam perkongsian di media sosial rasmi CEO Apple, Tim Cook, beliau menyatakan sesuatu mengenai Pencil bersama animasi logo Apple yang berubah-ubah lakaran menggunakan Apple Pencil. Adakah kita akan dapat melihat Pencil gen 3 dilancar pada majlis ini?

iPad Pro dan iPad Air baru

Dari desas-desus yang tersebar sebelum ini, Apple dijangka akan memperbaharui barisan iPad Pro dan iPad Air mereka. Kali terakhir dikemaskini dengan cip Apple M2 pada tahun 2022, iPad Pro dikhabarkan akan dinaik taraf dengan cip Apple M3 yang telah digunakan di Macbook Pro dan MacBook Air, ditambah dengan penggunaan skrin OLED serba baharu.



iPad Pro M3 dan iPad Air M2

Bagi iPad Air pula, dimaklumkan ia bakal menerima skrin lebih besar berukuran 12.9-inci. Bagaimanapun, ia tidak menggunakan cip terbaru Apple M3, sebaliknya dilengkapi cip Apple M2 sahaja.

Untuk rujukan, iPad Pro M2 12.9-inci buat masa ini dijual bermula dari RM5,399 manakala iPad Air 10.9″ M1 berharga dari RM2,899. Memandangkan harga Ringgit Malaysia masih lemah berbanding Dolar Amerika Syarikat, mungkin akan ada kenaikan harga permulaan untuk model baru iPad nanti.

[Sumber: Tim Cook]

Bacaan Berkaitan

  • Apple mungkin batalkan iPad lipat jika tak dapat atasi masalah skrin ini
  • iPad Pro OLED dan iPad Air terbesar akan dilancar Apple bulan Mei ini
  • Apple Malaysia kini tawar program tukar beli iPhone, iPad, dan Mac
Tags: appleApple EventApple iPadapple ipad airapple ipad proipad Airipad pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Apple Event ‘Let Loose’ dijangka perkenal iPad Pro M3 dan iPad Air baru

Apple Event ‘Let Loose’ dijangka perkenal iPad Pro M3 dan iPad Air baru

24 April 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER