• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP benarkan satu kali pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3, mengikut terma & syarat

  • OLEH Najib
  • 4:02 pm
  • 25/04/2024
  • Komen
KWSP benarkan satu kali pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3, mengikut terma & syarat
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pengumuman penstrukturan semula caruman KWSP daripada 2 akaun kepada 3 Akaun, salah satu perkara penting yang perlu diketahui semua adalah, Akaun 3 atau Akaun Fleksibel akan bermula dari KOSONG. Akan tetapi, KWSP menyatakan bahawa mereka akan membenarkan ahli untuk memindahkan sebahagian daripada baki di dalam Akaun 2 atau Akaun Sejahtera ke dalam Akaun 3.

Dengan memindahkan baki Akaun 2 kepada Akaun 3, ahli pencarum akan boleh menikmati pengeluaran terus baki dari Akaun 3. Bagaimanapun ada terma dan syarat yang perlu dipatuhi ahli KWSP jika ingin memindahkan baki.



@soyacincautiktok

Replying to @SoyaCincautiktok KWSP Akaun 3: Ini Cara Pindah Dana Dari Akaun 2! #kwsp #kwspakaun3 #kwspakaun #kwspakaun2 #kwspmalaysia #tips #cara #longervideos #soyacincautiktok #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Pemindahan mengikut Baki Akaun Sejahtera

Untuk pemindahan sekali baki Akaun 2 ke Akaun 3, KWSP akan membenarkannya mengikut tarikh yang ditetapkan. Iaitu antara 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024. Permohonan pemindahan ini boleh dibuat menerusi aplikasi KWSP i-Akaun atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat di seluruh negara.

Jumlah yang boleh dipindahkan dari Akaun 2 kepada Akaun 3 pula, bergantung kepada baki yang tersedia di dalam Akaun 2. Antara kurang dari RM1,000, kurang dari RM3,000 atau lebih dari RM3,000.



1. Baki Akaun 2 ada RM3,000 atau lebih

Sekiranya ahli ada baki RM3,000 atau lebih di dalam Akaun 2, ahli boleh memindahkan sebanyak 10/30 atau 33% daripada baki ke dalam Akaun 3. Tetapi sebanyak 5/30 atau 11% akan dipindahkan ke Akaun 1.

Selepas pemindahan ini, baki di Akaun 3 hanya tinggal 15/30 ataupun 50% daripada baki asal.

2. Baki Akaun 2 lebih RM1,000 tetapi kurang dari RM3,000

Jika baki Akaun 2 tidak sampai RM3,000 tetapi ada lebih dari RM1,000, ahli akan dibenarkan memindah sehingga RM1,000 sahaja ke dalam Akaun 3. Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun 1 dan baki akan kekal ditinggalkan dalam Akaun 2.

3. Baki Akaun 2 kurang RM1,000

Tetapi jika baki Akaun 2 tidak sampai RM1,000, ahli boleh memindahkan seluruh baki Akaun 2 ke dalam Akaun 3. Bermakna, tiada baki akan tinggal di Akaun 2 dan tiada juga dipindahkan ke Akaun 1.

Pengeluaran Akaun Fleksibel (Akaun 3)

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50. Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara. Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk kepada laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau melalui KWSP i-Akaun.

[Sumber: KWSP]

Bacaan Berkaitan

  • KWSP umum Akaun Fleksibel, caruman ahli diubah kepada 3 Akaun mulai 11 Mei
  • Akaun 3 KWSP: Kelebihan dan kekurangannya, serta pandangan orang ramai
  • KWSP lancar aplikasi i-Akaun baharu, pengguna boleh pasang di satu peranti sahaja
Tags: Akaun 3Akaun Fleksibelkwsp
Najib

Najib

POPULAR

KWSP benarkan satu kali pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3, mengikut terma & syarat

KWSP benarkan satu kali pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3, mengikut terma & syarat

25 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER