• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp tawarkan sokongan passkey untuk pengguna iOS

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:55 pm
  • 26/04/2024
  • Komen
240426 WhatsApp iOS Passkey
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp mula menyebarkan ciri sokongan passkey untuk versi iOS bagi aplikasinya. Ini bermakna pengguna tidak perlu lagi menggunakan kata laluan dan pengesahan dua faktor melalui SMS. Ciri itu mula diperkenalkan untuk pengguna Android pada Oktober tahun lepas.

Dengan mengaktifkan ciri passkey, pengguna boleh guna ciri biometrik iPhone seperti Face ID atau Touch ID untuk log masuk tanpa perlu menaip kata laluan lagi.



Aktifkan fungsi passkey di WhatsApp

passkeys are rolling out now on iOS 🔑 a more secure (and easier!) way to log back in with Face ID, Touch ID, or your passcode

here are some reasons you should set it up 👇

— WhatsApp (@WhatsApp) April 24, 2024

Pengesahan menggunakan passkey akan memudahkan dan lebih selamat untuk log masuk semula ke WhatsApp. Dengan passkey, ia akan menyukarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengakses akaun anda dari jauh kerana memerlukan akses fizikal kepada peranti. 

Untuk mengaktifkan passkey pada akaun WhatsApp pada peranti iOS, anda perlu menggunakan model iPhone 8 atau yang lebih baru dengan iOS versi 16 dan ke atas. Kemudian ikuti langkah-langkah di bawah:



  1. Buka aplikasi WhatsApp
  2. Pergi ke Settings
  3. Klik Account
  4. Pilih Passkeys
  5. Klik Create Passkey
  6. Sahkan dengan Face ID atau Touch ID

Bagi pengguna Android, anda juga boleh menggunakan langkah yang sama. Namun, anda perlu menggunakan peranti versi Android 9 atau yang lebih baru dengan:

  • Akaun Google sudah ditetapkan dan dipautkan dengan peranti
  • Sudah membuat tetapan untuk kunci skrin
  • Telah membuat tetapan kata laluan. Anda boleh menyemak sama ada ia telah diaktifkan pada peranti menerusi Settings > Passwords & Accounts
  • Menggunakan versi Google Play Store terkini
240426 WhatsApp iOS Passkey
Masih belum terdapat fungsi Passkey pada iOS versi 17.4.1

Buat masa sekarang, ciri itu sedang dilancarkan secara berperingkat dan hanya akan tersebar untuk semua pengguna iPhone dalam tempoh beberapa minggu. Setakat percubaan saya menerusi iPhone, fungsi itu masih belum tersedia.

Anda kenalah rajin menyemak untuk mengetahui sama ada ciri itu sudah tersedia atau tidak dengan menyemaknya menerusi menu Settings > Account > Passkeys. 

[Sumber: TheCrunch, WhatsApp]

Bacaan berkaitan:

  • Meta AI sertai arena chatbot lawan Gemini, ChatGPT, dan Copilot
  • Sembang lebih kemas dan tersusun dengan penapis terbaru WhatsApp
  • Whatsapp kini boleh susun senarai, petikan dan letak bayang dalam mesej perbualan
Tags: androidiOSiphonePasskeywhatsapp
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240426 WhatsApp iOS Passkey

WhatsApp tawarkan sokongan passkey untuk pengguna iOS

26 April 2024
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN