• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple lancar HomePod dan HomePod mini di Malaysia, harga bermula RM529

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:04 pm
  • 29/04/2024
  • Komen
Apple lancar HomePod dan HomePod mini di Malaysia, harga bermula RM529
Share on FacebookShare on Twitter

Secara tiba-tiba, Apple pada hari ini telah melancarkan Homepod dan HomePod mini di pasaran Malaysia. Ia merupakan speaker pintar Apple yang penggunaannya boleh disambungkan dengan lancar ke ekosistem Apple, serta boleh dikawal melalui Siri.

Harga dan ketersediaan Apple HomePod dan HomePod Mini di Malaysia

Sejurus pengumumannya, Apple HomePod dan HomePod mini telahpun tersenarai dan boleh mula dipesan menerusi laman stor rasmi Apple sekarang. Berikut adalah harga rasminnya di Malaysia:



  • Apple HomePod – RM1,549
  • Apple HomePod mini – RM529

Meskipun begitu, kedua-dua Apple HomePod dan HomePod mini akan mula dijual secara meluas bermula 10 Mei 2024. Dengan setiap pembelian HomePod dan HomePod Mini, Apple turut menyertakan 6 bulan langganan Apple Music secara percuma.

HomePod mini didatangkan dalam 5 warna iaitu kelabu, biru, kuning, putih dan oren, manakala HomePod pula ada dua pilihan warna hitam dan putih.



Apple HomePod

Apple HomePod terbaru ini merupakan generasi ke-2 yang asalnya diperkenal pada tahun lepas. Ia serasi untuk digunakan bersama iPhone SE generasi ke-2 dan seterusnya, iPhone 8 dan ke atas, iPad Pro, iPad generasi ke-5 dan ke atas , iPad Air generasi ke-3 dan ke atas ataupun iPad mini.

HomePod dikuasakan oleh cip Apple S7 dan ia menawarkan ciri seperti Spatial Audio menerusi speaker dan woofer yang ia lengkapi. Ia turut hadir dengan ciri room-sensing, iaitu ciri yang dapat mengenalpasti pantulan bunyi daripada halangan terdekat dan menyesuaikan bunyi secara nyata untuk tawarkan bunyi yang lebih optimum.

Selain itu, penggunaan HomePod ini boleh diintegrasikan dengan Siri, dan terdapat panel sentuh di atas HomePod untuk kawalan lagu. Apple mengatakan jika dua HomePod digunakan serentak bersama Apple TV 4K, ia akan bolehkan pengguna untuk menikmati kualiti audio Dolby Atmos untuk pengalaman sinematik yang mengasyikkan.

Apple HomePod mini

Apple HomePod Mini merupakan HomePod versi lebih kecil dan mampu milik. Ia serasi dengan peranti lebih lama seperti iPhone SE, iPhone 6s ke atas, iPod Touch generasi ke-7, iPad generasi ke-5, iPad Air 2 dan ke atas serta iPhone mini 4 dan ke atas.

Walaupun kecil, HomePod mini dikuasakan cip Apple S5 dengan pemandu magnet neodymium dan sepasang radiator pasif pembatalan daya untuk berikan bass berdentum dan bunyi berfekuensi tinggi yang lunak. Seperti HomePod, HomePod mini ini juga boleh digunakan beberapa unit serentak untuk mod stereo atau multi-room. Terdapat juga sokongan kawalan suara melalui Siri menggunakan empat speaker yang ia ada.

Kedua-dua HomePod boleh mengenalpasti sehingga enam suara berbeza dan turut menyokong platform penstriman lain seperti Spotify dan YouTube Music menerusi AirPlay. Selain itu, barisan HomePod ini turut ada sensor suhu dan kelembapan, fungsi interkom serta boleh menotifikasi pengguna jika ia mengesan asap atau karbon monoksida di dalam rumah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk HomePod dan HomePod mini.

Tags: appleApple HomePodApple HomePod Miniapple malaysiaHomePod Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple lancar HomePod dan HomePod mini di Malaysia, harga bermula RM529

Apple lancar HomePod dan HomePod mini di Malaysia, harga bermula RM529

29 April 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN