• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad 9 Pro diperkenal di China, dikuasakan cip Dimensity 8100 dan bateri 10,050mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:12 pm
  • 30/04/2024
  • Komen
Honor Pad 9 Pro diperkenal di China, dikuasakan cip Dimensity 8100 dan bateri 10,050mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Honor pada 22 April lalu baru sahaja membawa masuk tablet terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, Honor Pad 9 5G. Ia asalnya dilancarkan di China pada bulan Disember tahun lalu. Kini, selepas empat bulan, Honor telah melancarkan pula versi Pro-nya, iaitu Honor Pad 9 Pro untuk pasaran China.

Honor Pad 9 Pro mengekalkan saiz paparan serupa dengan model bukan Pro, tetapi dengan beberapa perbezaan dari segi penggunaan cip dan juga kapasiti bateri lebih besar.



Spesifikasi Honor Pad 9 Pro

Honor Pad 9 Pro memiliki rekaan panel belakang sedikit berbeza berbanding versi bukan Pro. Namun, ia masih mengekalkan saiz paparan yang sama, iaitu skrin berukuran 12.1-inci jenis TFT LCD dengan resolusi 2.5k (2560×1600) tetapi dengan kadar penyegarannya lebih pantas pada 144Hz. Paparan model Pro ini juga memiliki 1.07 bilion warna dan ada cakupan penuh warna gamut DCI-P3.

Di dalam, berbanding menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 1, versi Pro ini diperkasa cip MediaTek Dimensity 8100 dan ia dipadankan dengan pilihan RAM 8GB atau 12GB berserta storan 256GB. Sistem operasi yang dijalankan adalah Magic OS 8.0 berasaskan Android 14. Tenaga tablet disalurkan oleh kapasiti bateri yang lebih besar pada 10,050mAh dengan sokongan pengecasan pantas 35W melalui USB-C.



Bahagian pengimejannya pula terdiri dari dua kamera yang sama dengan Honor Pad 9. Ia adalah kamera belakang beresolusi 13MP dan kamera depan 5MP yang terletak di dalam bingkai skrin. Untuk sistem audio, ia dimuatkan dengan empat unit speaker dan empat unit treble.

Lagi ciri lain yang tablet ini ada termasuk sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.2 dan 5G. Ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu biru dan kelabu.

Harga Honor Pad 9 Pro di China

Honor Pad 9 Pro ditawarkan dalam dua varian di pasaran China. Harganya adalah seperti berikut:

  • Honor Pad 9 Pro (RAM 8GB dan storan 256GB) – CNY2,199 (~RM1,447)
  • Honor Pad 9 Pro (RAM 12GB dan storan 256GB) – CNY2,499 (~RM1,645)

Buat masa ini, masih tiada maklumat sama ada Honor Pad 9 Pro ini akan diperkenal di pasaran Malaysia ataupun antarabangsa kelak.

[Sumber: GizmoChina]

Bacaan berkaitan

  • Honor Pad 9 5G kini rasmi, diperkasa Snapdragon 6 Gen 1 dengan 8 speaker pada harga RM1,799
  • Honor Band 9 diperkenal, ada skrin AMOLED lebih besar pada harga sama RM199
  • Honor MagicBook X 16 dikemas kini dengan Intel Core i5-12450H pada harga RM2,999
  • Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899
Tags: honorHonor Pad 9 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Pad 9 Pro diperkenal di China, dikuasakan cip Dimensity 8100 dan bateri 10,050mAh

Honor Pad 9 Pro diperkenal di China, dikuasakan cip Dimensity 8100 dan bateri 10,050mAh

30 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER