• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A60 dilancarkan di Malaysia, ada kamera 50MP dan kalis air IP54 bawah RM1,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:23 pm
  • 30/04/2024
  • Komen
Oppo A60 dilancarkan di Malaysia, ada kamera 50MP dan kalis air IP54 bawah RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa hari memberikan teaser berkenaan telefon Oppo A60, Oppo Malaysia hari ini akhirnya telah melancarkan Oppo A60 di Malaysia. Ia merupakan telefon kelas permulaan yang dikuasakan cip Snapdragon 680 4G, serta hadir dengan pelbagai ciri menarik. Antaranya pengecasan pantas 45W, kalis percikan air dan debu IP54, serta memiliki rekaan berkilauan seakan ombak di lautan.

Harga dan ketersediaan Oppo A60 di Malaysia

Oppo A60 boleh mula didapatkan di Malaysia sekarang. Ia ditawarkan dalam dua varian dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Oppo A60 (RAM 8GB + 128GB) – RM699
  • Oppo A60 (RAM8GB + 256GB) – RM799

Jika berminat, anda boleh dapatkan Oppo A60 di kedai jenama Oppo, semua pengedar sah Oppo, atau secara dalam talian melalui stor online Oppo, Shopee, Lazada dan TikTok.

Spesifikasi Oppo A60

Oppo A60 adalah salah satu penawaran terbaru Oppo untuk telefon mampu milik mereka. Ia hadir dengan paparan rata jenis LCD seluas 6.67-inci dengan resolusi HD. Skrinnya juga menyokong kadar penyegaran sehingga 90Hz dengan kecerahan puncak pada 950 nits. Reka bentuk badannya juga slim berukuran hanya 7.68mm dan berat 186g.



Screenshot

Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 680 6nm 4G dan ia digandingkan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 sama ada 128GB atau 256GB. Slot microSD turut tersedia untuk membenarkan peluasan storan lagi 1TB. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi ColorOS 14 terbaru berasaskan Android 14 bersama dengan Trinity Engine.

Untuk sistem kameranya, ia menggunakan gabungan dua kamera iaitu kamera utama 50MP dengan OIS dan kamera kedua 2MP. Di hadapan pula, terdapat lubang di skrin yang menempatkan kamera swafoto 8MP.

Menghidupkan telefon adalah dari bateri berkapasiti 5,000mAh dan Oppo mendakwa ia menawarkan masa tontonan video sehingga 14.75 jam. Mengecas pula boleh dilakukan dengan pengecasan pantas SuperVOOC 45W, dengan Oppo mengatakan ia mampu mengecas dari 0% hingga 50% dalam masa 30 minit.

Selain itu, sistem audio yang digunakan adalah jenis stereo dan Oppo memaklumkan kelantangannya boleh mencapai sehingga 300%. Terdapat juga jek audio 3.5mm dan telefon ini diiktiraf untuk ada kalis percikan air dan debu IP54, dengan fungsi Splash Touch benarkan skrin mengesan sentuhan dengan tepat walaupun ketika basah.

Lagi ciri lain yang disokong termasuk Bluetooth 5.0, NFC dan pengimbas cap jari di butang kuasa. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu biru dan ungu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Oppo A60.

Bacaan berkaitan

  • Oppo Reno 11F dibuka tempahan awal, telefon nipis dengan rekaan alam semulajadi
  • Oppo Reno 11: Guna Dimensity 7050 dan sokong Android 14 pada harga bawah RM2,000
  • Oppo Reno 11 Pro: Kuasa Dimensity 8200, kamera selfie autofokus dan pengecasan 80W
Tags: oppoOppo A60OPPO Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Oppo A60 dilancarkan di Malaysia, ada kamera 50MP dan kalis air IP54 bawah RM1,000

Oppo A60 dilancarkan di Malaysia, ada kamera 50MP dan kalis air IP54 bawah RM1,000

30 April 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER