• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Maybank

Tak perlu ke bank, buka Akaun Yippie/-i Maybank dengan aplikasi MAE dalam 10 minit sahaja, mudah & cepat!

  • OLEH Penaja
  • 10:29 am
  • 02/05/2024
  • Komen
240415 Akaun Yippie/-i Maybank MAE
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Maybank]

Anak dapat banyak duit raya tetapi anda tiada masa membuka akaun simpanan untuk mereka kerana sibuk dengan tugasan harian? Berita baiknya, anda boleh membuat permohonan membuka Akaun Yippie/-i Maybank untuk anak dalam masa hanya 10 minit* sahaja melalui aplikasi MAE, tidak kira di mana anda berada.

*Hanya untuk rakyat Malaysia yang mempunyai Akaun Semasa/-i atau Akaun Simpanan/-i Maybank dengan anak warganegara Malaysia.

Akaun Yippie/-i Maybank

Akaun Yippie/-i adalah akaun simpanan di bawah Maybank yang diwujudkan khas bagi kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.

Di samping menawarkan pelbagai manfaat kewangan menarik kepada anak, dengan adanya Akaun Yippie/-i anda juga dapat memupuk tabiat menabung pada anak sejak dari kecil.

Faedah menyimpan dengan Akaun Yippie/-i Maybank

Pelbagai manfaat menanti anda dengan membuka Akaun Yippie/-i untuk anak, seperti:

  • Memindahkan sebarang jumlah wang (serendah RM1)
  • Dilindungi oleh PIDM
  • Kadar faedah yang menarik berbanding akaun simpanan lain
  • Perlindungan Takaful Kemalangan Diri percuma sehingga RM100,000 untuk anda dan anak
  • Ganjaran tunai untuk akademi cemerlang PT3, SPM, STPM/A-Level dan peringkat pengajian tinggi dengan simpanan minimum RM500

Menarik bukan manfaat yang ditawarkan? Malah untuk membuat permohonan membuka Akaun Yippie/-i pun mudah sangat, anda hanya memerlukan sijil kelahiran asal anak sahaja. 

Cara memohon Akaun Yippie/-i Maybank secara atas talian

Bagi yang berminat untuk membuka Akaun Yippie/-i untuk anak, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Klik Apply pada bahagian bawah kanan
  3. Pilih Akaun Yippie/-i. Baca terma & syarat, klik Apply Now
  4. Isikan maklumat yang diperlukan, kemudian klik Next
  5. Isikan nama dan nombor sijil kelahiran anak, pastikan maklumat tepat sebelum klik Next
  6. Ambil gambar sijil kelahiran asal anak
  7. Pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat sebelum klik Confirm
  8. Pindahkan wang ke dalam Akaun Yippie/-i (serendah RM1)
  9. Anda akan dimaklumkan jika permohonan berjaya dan boleh terus menggunakan Akaun Yippie/-i
240415 Akaun Yippie/-i Maybank MAE

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Maybank, anda boleh memohon akaun CASA menerusi aplikasi MAE. Kemudian barulah boleh membuat permohonan membuka Akaun Yippie/-i Maybank untuk anak pula.

Ciri Junior dalam aplikasi MAE

Melalui ciri Junior pada aplikasi MAE, anda boleh menguruskan keperluan perbankan Akaun Yippie/-i anak secara mudah dengan fungsi berikut:

  • Memantau semua Akaun Yippie/-i yang dipautkan kepada ID M2U anda, mengasingkan baki akaun anak daripada akaun anda
  • Tambah nilai akaun anak dengan mudah
  • Tetapkan pelan simpanan berkala untuk anak, dengan membuat pindahan wang secara tetap demi masa depan anak
  • Menyemak transaksi dan muat turun penyata akaun
  • Boleh gunakan nama panggilan pada akaun anak untuk lebih sentuhan peribadi dan mudah dikenalpasti

Daftarkan Akaun Yippie/-i Maybank di aplikasi MAE sekarang! Untuk maklumat lanjut mengenai Akaun Yippie/i, layari Maybank Yippie/-i. Anda juga boleh mengikuti akaun sosial rasmi Maybank di Facebook, Instagram dan X (dahulu dikenali sebagai Twitter). 

Tags: Akaun Yippie/-iAkaun Yippie/-i MaybankJuniorMAEMaybankpenajaYippie/-iYippie/-i Maybank
Penaja

Penaja

POPULAR

240415 Akaun Yippie/-i Maybank MAE

Tak perlu ke bank, buka Akaun Yippie/-i Maybank dengan aplikasi MAE dalam 10 minit sahaja, mudah & cepat!

2 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER