• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix GT 20 Pro rasmi dilancarkan, RAM 12GB dan Dimensity 8200 pada harga RM1,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:52 pm
  • 02/05/2024
  • Komen
Infinix GT 20 Pro rasmi dilancarkan, RAM 12GB dan Dimensity 8200 pada harga RM1,299
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama dinantikan peminat, Infinix pada hari ini telah melancarkan sekuel telefon gaming terbaru mereka, Infinix GT 20 Pro untuk pasaran Malaysia. Telefon ini telahpun dilancar di peringkat antarabangsa pada 28 April lalu, dan ia hadir dengan penggunaan dwicip, skrin sepantas 144Hz serta rekaan lampu LED pada panel belakang yang dipanggil Mecha Loop.

Infinix turut memaklumkan GT 20 Pro merupakan telefon gaming rasmi untuk MAL My, iaitu sebuah liga profesional untuk permainan e-Sports Mobile Legend: Bang Bang di Malaysia.



Harga dan ketersediaan Infinix GT 20 Pro di Malaysia

Infinix GT 20 Pro tersedia untuk didapatkan oleh semua peminat bermula hari ini, 2 Mei 2024. Sementara terdapat dua varian yang dilancarkan di peringkat antarabangsa, Infinix Malaysia hanya membawa masuk satu varian dengan RAM terbesar. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia:

  • Infinix GT 20 Pro (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,299

Lebih menarik, Infinix turut menawarkan hadiah kit gaming GT Pro bernilai RM89 kepada mereka yang berminat untuk dapatkan Infinix GT 20 Pro. Kit tersebut menyediakan barangan seperti sarung telefon, kipas penyejuk dan juga sarung jari. Tertakluk sementara stok masih ada.



Sekiranya berminat, anda boleh mula dapatkan Infinix GT 20 Pro terbaru di stor rasmi Infinix di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Infinix GT 20 Pro

Infinix GT 20 Pro hadir dengan paparan AMOLED 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Skrinnya juga menyokong kadar penyegaran sepantas 144Hz dan kecerahan puncak pada 1,300 nits. Daripada segi rekaan, ia memiliki lampu LED pada panel belakang yang dipanggil Mecha Loop yang boleh disuaikan dan menyokong lapan warna dan empat kesan lampu khas.

Apa yang menariknya, lampu itu boleh diintegrasikan dengan game seperti PUBG, MLBB dan Free Fire. Malah, kesan lampu juga boleh disuaikan untuk panggilan masuk, notifikasi, pengecasan dan lagu. Terdapat juga penggunaan motor getaran paksi X untuk maklum balas haptik lebih baik.

Atas papan utama, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8200 Ultimate 4nm bersama gabungan RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 3.1 256GB. Selain cip pemproses, Infinix GT 20 Pro turut dilengkapkan sebuah lagi cip khas untuk skrin iaitu Pixelworks X5 Turbo. Cip baharu itu dikatakan mampu untuk meningkatkan kadar bingkai dari 60 FPS ke 120 FPS bagi tawarkan pengalaman gaming lebih lancar.

Untuk menampung prestasi tinggi ini, Infinix telah melengkapkan GT 20 Pro dengan sistem penyejukan Vapor Chamber 73% lebih besar berbanding generasi sebelum ini. Terdapat juga kepingan grafit 68% lebih besar untuk tawarkan pengaliran haba yang lebih baik.

Di jabatan pengimejan, ia dilengkapkan dengan tetapan tiga kamera iaitu kamera utama 108MP mengguna pakai sensor Samsung HM6 dengan OIS, serta kamera makro dan depth yang masing-masing bersolusi 2MP. Di hadapan, terdapat lubang di skrin menempatkan kamera hadapan beresolusi 32MP.

Tenaga telefon disalurkan oleh bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 45W. Lagi ciri lain yang ada termasuk NFC, sokongan 5G, pengimbas cap jari dalam skrin dan speaker stereo yang ditala JBL. Infinix GT 20 Pro akan didatangkan dengan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14 sejurus keluar kotak. Infinix turut menjanjikan kemas kini Android dua kali dan tiga tahun keselamatan.

Infinix GT 20 Pro didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, oren dan perak. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix GT 20 Pro.

Bacaan berkaitan

  • Infinix GT 10 Pro boleh ditempah sekarang pada harga RM999, percuma penghantaran dan fon putik XE 27
  • Tempahan awal Infinix GT 10 Pro dibuka pada 9 September, dapat hadiah percuma fon putik ANC
  • [REVIU] Infinix GT 10 Pro: Ini baru telefon gaming mampu milik berkuasa tinggi
Tags: InfinixInfinix GT 20 ProInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Infinix GT 20 Pro rasmi dilancarkan, RAM 12GB dan Dimensity 8200 pada harga RM1,299

Infinix GT 20 Pro rasmi dilancarkan, RAM 12GB dan Dimensity 8200 pada harga RM1,299

2 May 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER