• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix GT 10 Pro boleh ditempah sekarang pada harga RM999, percuma penghantaran dan fon putik XE 27

  • OLEH Najib
  • 1:00 am
  • 09/09/2023
  • Komen
Tempahan awal Infinix GT 10 Pro dibuka pada 9 September, dapat hadiah percuma fon putik ANC
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dijanjikan, Infinix Malaysia mula membuka tempahan awal untuk telefon gaming terbaru mereka, Infinix GT 10 Pro. Bersama itu, mereka turut memaparkan harga tempahan untuk peranti tersebut.

Telefon pintar Infinix GT 10 Pro boleh mula ditempah hari ini, 9 September 2023 di Stor Rasmi Infinix di Shopee pada harga:



  • Infinix GT 10 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM999

Pembeli dalam tempahan ini juga akan menerima fon putik ANC percuma, Infinix XE 27 bernilai RM99. Kos penghantaran adalah percuma tetapi ia akan dihantar dalam masa 8 hari. Jika berminat, segera ke Shopee sekarang dan buat tempahan.

Sama ada harga ini adalah harga promosi atau harga rasmi, masih belum diketahui kerana tiada pengumuman daripada Infinix Malaysia. Tetapi dengan harga ini, Infinix sekali lagi menjadikan peranti mereka sangat berbaloi dimiliki kerana harga yang lebih murah berbanding pesaing lain.



Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan dan kekurangan Infinix GT 10 Pro, anda boleh saksikan ulasan kami di dalam video ini:

Spesifikasi Infinix GT 10 Pro

Rekaan Infinix GT 10 Pro penuh dengan tarikan untuk peminat permainan video. Antaranya dengan menampilkan dua pilihan warna, dikenali sebagai Mirage Silver dan Cyber Black. Kedua-duanya mengenakan kemasan futuristik separa lutsinar di belakang, bersama beberapa barisan LED yang boleh berfungsi sebagai notifikasi.

Prestasi tinggi pada Infinix GT 10 Pro dihasilkan melalui cip Mediatek Dimensity 8050 6nm. Ia memiliki 8-teras CPU, gabungan 1-teras Cortex-A78 3.0GHz dan 3-teras Cortex-A78 2.6GHz berkuasa tinggi, serta 4-teras Cortex-A55 2.0GHz yang cekap tenaga. GPU pula dikuasakan oleh 9-teras Mali-G77.

Kuasa ini bergandingan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan dalaman UFS 3.1 seluas 256GB. Infinix menyatakan, GT 10 Pro beroleh markah AnTuTu sebanyak 703,932. Dari laman kedudukan AnTuTu, ia menyamai markah peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 870.

Skrin yang digunakan GT 10 Pro adalah jenis AMOLED 6.67-inci 120Hz, dengan kadar sentuhan 360Hz dan kecerahan setinggi 900nits. Tambah Inifinix, sistem operasi yang digunakan bebas dari iklan, digelar juga sebagai Clean OS dan sangat hampir dengan pengalaman Android asli. Tetapi nama sebenarnya ialah XOS for GT v13, dibina daripada asas Android 13.

Meningkatkan pengalaman bermain game di GT 10 Pro adalah sistem bunyi stereo, dikuasakan DTS Audio dan diiktiraf Hi-Res Audio. Jek audio 3.5mm masih dikekalkan. Ia ditambah lagi dengan getaran 4D menggunakan motor haptik linear paksi-Z. Menariknya, kotak Infinix GT 10 Pro boleh digunakan sebagai perkakas menguatkan bunyi.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dipasang di dalam GT 10 Pro. Ia menyokong pengecasan pantas PD3.0 45W, bukan lagi pengecas khas Infinix. Ini membolehkan ia menggunakan pelbagai pengecas pantas universal, tidak terhad kepada pengecas Infinix sahaja. Fungsi ‘Bypass Charging’ turut ada, membolehkan pengguna menguasakan terus peranti tanpa mengecas bateri, agar peranti tidak terlalu panas.

Untuk kamera, ia dikenakan tiga kamera belakang iaitu kamera utama 108MP bersama kamera makro dan kamera potret. Di hadapan, ia dipasang kamera 32MP yang terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin serta ada LED Flash untuk swafoto yang cerah.

Bacaan Berkaitan

  • Tempahan awal Infinix GT 10 Pro dibuka pada 9 September, dapat hadiah percuma fon putik ANC
  • Infinix GT 10 Pro, telefon gaming dengan rupa lutsinar dan mini LED, berharga di bawah RM1,200
  • Infinix GT 10 Pro sah akan tiba ke Malaysia, umum kerjasama dengan Homebois
Tags: InfinixInfinix GT 10 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Tempahan awal Infinix GT 10 Pro dibuka pada 9 September, dapat hadiah percuma fon putik ANC

Infinix GT 10 Pro boleh ditempah sekarang pada harga RM999, percuma penghantaran dan fon putik XE 27

9 September 2023
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN