• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Pura 70 di Malaysia, hadiah sehingga RM2,376 menanti penempah awal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:46 am
  • 02/05/2024
  • Komen
Siri Huawei Pura 70 di Malaysia, hadiah sehingga RM2,376 menanti penempah awal
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan sesi tempahan flagship terbaharu mereka, siri Huawei Pura 70. Dilancarkan di China tempoh hari, Malaysia adalah negara pertama di luar China yang dapatkannya. Untuk model kali ini, Huawei Malaysia membawakan keseluruhan keluarga Pura 70 iaitu:

  • Huawei Pura 70 Ultra
  • Huawei Pura 70 Pro
  • Huawei Pura 70

Harga siri Huawei Pura 70 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan siri Huawei Pura 70 di Malaysia



  • Huawei Pura 70 Ultra (16+512) – RM6,599
  • Huawei Pura 70 Pro (12+512) – RM4,899
  • Huawei Pura 70 (12+256) – RM3,699

Sesi tempahan dibuka sehingga 24 Mei 2024 dengan deposit RM70 sekiranya anda berminat untuk dapatkannya. Seperti biasa, ada promosi tempahan awal sedang berjalan untuk merancakkan lagi sesi tersebut.

Penempah Pura 70 Ultra , Pura 70 Pro, dan Pura 70 akan terima pemberian bernilai sehingga RM2,376 yang terdiri daripada:



  • Huawei Freebuds Pro 3
  • Rebat/baucar sehingga RM500/RM300 untuk inisiatif tukar beli
  • Manfaat dalam AppGallery
  • Perlindungan jaminan meliputi wilayah APAC

Spesifikasi Huawei Pura 70 Ultra

Huawei Pura 70 Ultra adalah varian tertinggi dalam keluarganya. Ia ada panel paparan 6.8” QHD+ OLED dengan kadar segar semula dinamik sehingga 120Hz.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Kirin 9010 yang bergandungan bersama-sama RAM 16GB dan storan 512GB. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi EMUI 14.2.

Pada segi kelengkapan pengimejan, Pura 70 Ulta dilengkapi tiga buah kamera belakang beresolusi tinggi. Kamera utamanya ada sensor 1” 50MP yang lensanya akan terkeluar apabila kamera sedang digunakan. Bukaan aperturnya boleh dilaras antara F1.6 dan F4.0 untuk berikan kesan bokeh maksimum.

Ia juga ada kamera ultralebar 40MP F2.2 untuk anda tangkap gambar bersudut pandang luas dan kamera belakang ketiga adalah kamera 50MP yang mempunyai dwifungsi, satu untuk tujuan telefoto dan satu lagi gambar jarak dekat makro.

Gambar selfie diambil menggunakan kamera 13MP yang terletak di bahagian depan.

Sistem bateri berkapasiti 5,200mAh membekalkan tenaga kepada segala kelengkapan elektronik telefon ini. Tangki bateri ini diisi dengan blok pengecas USB-C Huawei SuperCharge 100W ataupun secara wayarles 80W.

Spesifikasi Huawei Pura 70 Pro

Huawei Pura 70 Pro dilihat sebagai varian lebih mampu milik tapi masih kekalkan sebahagian besar komponen utama versi Pro. Perkara yang sama adalah ia masih menggunakan panel paparan OLED sebensar 6.8” beresolusi QHD+ dengan kadar segar semula dinamik sehingga 120Hz.

Kemudian, atas papan utama, pengguna masih temui SoC Kirin 9010 dengan storan 512GB tapi kapasiti RAM diturunkan kepada 12GB.

Walaupun dibekalkan tiga kamera belakang, kombinasi sensor dan lensanya tidak sama dengan varian yang lebih mahal. Huawei Pura 70 Pro ada kamera 50MP yang biasa diikuti kamera ultralebar 12.5MP dan akhir sekali kamera telefoto dengan fungsi makro beresolusi 48MP. Kamera selfie kekal pada resolusi 13MP.

Kapasiti ateri juga sedikit kecil pada paras 5,020mAH namun ia masih menyokong teknologi pengecasan Huawei SuperCharge 100W menerusi USB-C ataupun secara wayarles pada tahap 80W.

Spesifikasi Huawei Pura 70

Huawei Pura 70 adalah varian paling mampu milik. Ia adalah sebuah telefon sebesar 6.6” beresolusi FHD+, berpanel OLED, dan berkadar segar semula dinamik sehingga 120Hz.

Tidak seperti dua saudaranya yang lain, Pura 70 ditunjangi cip Kirin 9000S1 yang dipadankan bersama RAM 12GB beserta storan seluas 256GB.

Komponen kamera Pura 70 adalah lebih asas. Ia ada kamera utama 50MP yang diapit oleh okamera ultralebar 13MP dan kamera telefoto 12MP (5x optikal). Tiada sebarang fungsi makro hadir pada kamera telefoto varian ini.

Huawei Pura 70 mengambil tenaga daripada sistem bateri 4,900mAh yang dicas menggunakan Huawei SuperCharge 66W ataupun secara wayarles pada kadar 50W.

Tags: androidHuaweihuawei pura 70huawei pura 70 prohuawei pura 70 ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Huawei Pura 70 di Malaysia, hadiah sehingga RM2,376 menanti penempah awal

Siri Huawei Pura 70 di Malaysia, hadiah sehingga RM2,376 menanti penempah awal

2 May 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER