• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah BJAK boleh buat promosi cukai jalan percuma? Ini kenyataan rasmi JPJ

  • OLEH Najib
  • 5:23 pm
  • 06/05/2024
  • Komen
Adakah BJAK boleh buat promosi cukai jalan percuma? Ini kenyataan rasmi JPJ
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pemilik kenderaan, pasti anda pernah dengar atau ternampak tentang BJAK, platform memperbaharui insuran atas talian. BJAK dikenali ramai kerana iklannya yang agresif dan sering kelihatan di kebanyakan platform media sosial.

Bagaimanapun hari ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak memberikan kelulusan kepada BJAK Sdn Bhd (BJAK) untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan. Perkara ini diumumkan susulan kenyataan yang dipaparkan oleh pihak BJAK melalui laman sesawang dan media sosial mereka, iaitu ‘Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ’. Menurut JPJ, perkara ini adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.



sumber

BJAK kenakan caj tambahan, tiada integrasi sistem

JPJ turut menerima aduan daripada orang awam, antaranya pembaharuan cukai jalan yang telah dibuat di BJAK tidak dikemaskini, serta ada caj tambahan dikenakan oleh BJAK. JPJ menegaskan bahawa mereka tidak pernah meluluskan sebarang caj tambahan yang dikenakan BJAK kepada pelanggan. Malah, sistem JPJ (MySIKAP) juga tidak ada sebarang integrasi dengan sistem yang digunakan oleh BJAK.

Sehubungan itu, JPJ menggalakkan orang ramai untuk memperbaharui cukai jalan secara sah melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ (Apple AppStore, Google PlayStore, Huawei AppGallery), portal JPJ dan platform rakan niaga iaitu Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM sahaja. Selain itu, sebarang urusan pembaharuan cukai jalan tidak mendapat kebenaran pihak JPJ.



Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan platform yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan yang tidak sah, untuk mengelakkan dari ditipu dan rugi, selain memastikan cukai jalan yang diperbaharui adalah asli dan tulen.

JPJ meminta orang ramai untuk merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu unutk maklumat lanjut. Jika ada sebarang aduan, boleh disalurkan menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ di laman jpj.spab.gov.my.

BJAK masih beroperasi macam biasa

Buat masa ini, BJAK masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara ini. Semakan di portal BJAK mendapati, mereka masih menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan. Tetapi dengan kenyataan rasmi JPJ ini, lebih selamat jika tidak menggunakan BJAK untuk memperbaharui cukai jalan. Sebaliknya gunakan saluran yang diperakui sah seperti aplikasi MyJPJ dan portal MyEG.

Jika anda telah menggunakan perkhidmatan BJAK untuk memperbaharui insuran kenderaan dan cukai jalan sebelum ini, lebih baik anda semak semula bersama JPJ untuk memastikan ia adalah sah.

[Sumber: JPJ]

Bacaan Berkaitan

  • Cukai jalan Percuma bernilai RM150 juta untuk motorsikal dan kereta daripada BJAK
  • Lesen Memandu boleh diperbaharui di MyJPJ mulai Februari, ada rebat RM5
  • Aplikasi MyJPJ: Cara untuk digitalkan cukai jalan dan lesen memandu
Tags: BJAKcukai jalanJPJ
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Adakah BJAK boleh buat promosi cukai jalan percuma? Ini kenyataan rasmi JPJ

Adakah BJAK boleh buat promosi cukai jalan percuma? Ini kenyataan rasmi JPJ

6 May 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN