• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HMD Pulse Pro dan Plus dilancar di Malaysia, telefon pintar mudah diperbaiki sendiri

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:07 pm
  • 06/05/2024
  • Komen
HMD Pulse Pro dan Plus dilancar di Malaysia, telefon pintar mudah diperbaiki sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda masih ingat, pengeluar telefon Nokia, HMD sebelum ini ada memaklumkan di MWC 2024 yang mereka akan melancarkan telefon jenama mereka tersendiri dan bukannya Nokia. Kini, HMD telah melancarkan telefon pintar pertama jenama mereka tersendiri secara rasmi di Malaysia yang dinamakan sebagai siri HMD Pulse.

Harga HMD Pulse Pro dan Pulse Plus di Malaysia

Sebenarnya, terdapat tiga model dalam siri HMD Pulse tetapi hanya dua daripadanya yang ditawarkan di Malaysia iaitu HMD Pulse Pro dan Pulse Plus. HMD turut menawarkan baucar menjadikan harganya lebih murah dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • HMD Pulse Pro Twilight Purple (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,179 RM909
  • HMD Pulse Pro Black Ocean (RAM 6GB dan storan 128GB) – RM1,019 RM799
  • HMD Pulse Plus (RAM 4GB dan storan 128GB) – RM869 RM639

Kalau berminat, telefon pintar terbaru HMD Pulse Pro dan Pulse Plus ini tersedia didapatkan eksklusif hanya di stor rasmi HMD di Shopee.

Spesifikasi HMD Pulse Pro dan Pulse Plus

HMD Pulse Pro

HMD Pulse Pro dan Pulse Plus berkongsi banyak ciri yang sama. Ia didatangkan dengan paparan berukuran 6.56-inci pada resolusi HD (1612×720) dan kadar penyegaran 90Hz. Tahap kecerahan skrinnya boleh mencapai sehingga 600 nits dan ia memiliki cakupan warna NTSC 70%.



Atas papan utama, kedua-dua telefon ini dikuasakan cip pemproses Unisoc T606 yang digandingkan dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Jika storan tidak mencukupi, ia boleh diperluas lagi 256GB menggunakan slot mikroSD.

HMF Pulse Plus

Sejurus keluar kotak, kedua-duanya akan menjalankan sistem operasi Android 14 dan HMD menjanjikan kemas kini OS sebanyak 2 kali dan kemas kini keselamatan 3 tahun.

Kapasiti bateri yang dimuatkan juga sama pada kedua-dua model iaitu 5,000mAh dengan masa penggunaan yang dikatakan bertahan sehingga 59 jam. Namun, perbezaannya adalah Pulse Pro ada pengecasan lebih pantas pada 20W, manakala Pulse Plus dihad pada 10W.

HMD Pulse Pro

Selain itu, perbezaannya lagi terletak pada resolusi kamera hadapan. Pulse Pro memiliki kamera selfie dengan sensor lebih besar 50MP dan Pulse Plus pula ada kamera hadapan 8MP. Sementara itu, sistem kamera di belakang adalah sama 50MP, tetapi Pulse Pro dilengkapi dengan satu lagi kamera Depth 2MP.

Kedua-dua telefon ini juga diiktiraf untuk ada kalis percikan air dan debu IP52. Walaupun sistem bunyinya dilengkapkan dengan ciri OZO Audio, speakernya yang digunakan hanyalah mono. Lagi ciri yang lain ada pada kedua-dua model Pro dan Plus termasuk NFC, WiFi 5, Bluetooth 5.0, 4G, jek audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di butang kuasa.

Dalam masa yang sama, HMD turut memaklumkan telefon pintar Pulse Pro dan Pulse Plus ini direka dan dibina untuk mudah diperbaiki sendiri oleh semua pengguna. HMD menyediakan panduan, peralatan dan juga alat ganti melalui kolaborasi mereka bersama iFixit.

HMD Pulse Pro
HMD Pulse Pro
HMD Pulse Plus

HMD Pulse Pro ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan ungu, sementara Pulse Plus memiliki satu warna iaitu hitam. Untuk ketahui lanjut, anda boleh layari laman produk HMD Pulse Pro dan Pulse Plus.

Bacaan berkaitan

  • Telefon Android jenama HMD dilancar Julai ini
  • HMD dilapor hasilkan jenama telefon sendiri, adakah ini bermakna tamatnya riwayat Nokia?
Tags: hmdhmd globalHMD Pulse PlusHMD Pulse Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

HMD Pulse Pro dan Plus dilancar di Malaysia, telefon pintar mudah diperbaiki sendiri

HMD Pulse Pro dan Plus dilancar di Malaysia, telefon pintar mudah diperbaiki sendiri

6 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER