• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Air kini datang dalam saiz 11-inci & 13-inci, sokong Pencil Pro serta Magic Keyboard

  • OLEH Najib
  • 11:33 pm
  • 07/05/2024
  • Komen
iPad Air kini datang dalam saiz 11-inci & 13-inci, sokong Pencil Pro serta Magic Keyboard
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara pelanaran Apple Let Loose hari ini, Apple memperkenal barisan baru tablet iPad Air. Ia hadir dengan skrin paling besar pernah ada untuk iPad Air, di samping mengekalkan saiz yang sering diguna sebelum ini.

@soyacincautiktok

iPad Baru Lagi! Anda tak mungkin beli iPad ni 😭 #ipad #ipadpro #ipadair #applepencilpro #m2chip #m4chip #apple #longervideos #soyacincautiktok #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

iPad Air serba baharu kali ini didatangkan dalam saiz 11-inci dan 13-inci, dan diperkasa cip lebih berkuasa Apple M2. Memberikan kuasa CPU, GPU dan NPU jauh lebih pantas berbanding dahulu.



Rekaan lebih praktikal

Apple mengekalkan paparan Liquid Retina pada iPad Air baru ini, dengan resolusi yang sama pada pada 264 ppi. Tetapi ada perbezaan pada tahap kecerahan. iPad Air 11-inci memiliki kecerahan setinggi 500 nits, manakala iPad Air 13-inci ada kecerahan mencecah 600 nits.

Perubahan ketara pada rupa luaran iPad Air baru ini adalah pada kedudukan kamera. Kamera hadapan kini terletak di bahagian memanjang, menjadikannya terletak di tengah tablet apabila berdiri secara melintang. Cara ini lebih asli dan selesa digunakan untuk persidangan video.



Kamera hadapan ini memiliki lensa ultra lebar 12MP F2.4, berupaya merakam video HD Penuh sehingga 60FPS. Kamera belakang kekal satu sahaja, dengan lensa lebar 12MP F1.8 serta menyokong autofokus dengan Focus Pixels. Ia mampu merakam video sehingga 4K60FPS.

Prestasi dipertingkat

Peningkatan prestasi pasti sangat berbeza dengan penggunaan cip Apple M2, menampilkan CPU 8-teras, GPU 10-teras dan pemproses neural 16-teras. Ia bukan sahaja memberi 50% prestasi lebih pantas berbanding cip Apple M1, malah memproses NPU 40% lebih laju. Sekaligus meningkatkan keupayaan memproses AI untuk pelbagai tugasan.

Selain itu, cip Apple M2 turut memberi sokongan WiFi 6E lebih pantas untuk iPad Air. Bagi model selular pula, Apple dimaklumkan mahu menggunakan eSIM pada iPad Air. Tiada lagi SIM fizikal. Pengguna iPad Air boleh bersambung ke internet mudah alih di lebih 190 negara tanpa SIM fizikal.

Penampilan aksesori baharu

Tablet Apple menjadi sangat popular kerana sokongan aksesori yang sangat hebat. Apple Pencil dengan sambungan USB-C kekal disokong pada iPad Air baharu. Tetapi ia juga menyokong Apple Pencil Pro yang baharu. Pencil Pro memiliki ciri baharu seperti sokongan putaran, fungsi memicit dan getaran. Apple Pencil Pro juga mudah dicari menggunakan ciri Find My Apple Pencil. Mengecas juga lebih mudah menerusi sambungan magnetik di atas tablet.

iPad Air juga boleh digunakan bersama Magic Keyboard, papan kekunci dengan rekaan terapung serta pad sentuh dan kekunci berlampu. Ia tersedia dengan pilihan warna yang serupa dengan iPad Air.

Kedua-dua iPad Air 11-inci dan 13-inci menggunakan sistem operasi iPadOS 17. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu kelabu, emas, ungu dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk iPad Air.

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

  • iPad Air (2022) kini diperkasa cip M1, ini harga jualannya di Malaysia
  • iPad Air, iPad Pro & MacBook Air baharu dijangka tiba bulan Mac atau April?
  • iPad Pro OLED dan iPad Air terbesar akan dilancar Apple bulan Mei ini
  • Apple Event ‘Let Loose’ dijangka perkenal iPad Pro M3 dan iPad Air baru
Tags: appleApple iPadapple ipad airipad AiriPad Air 11-inciiPad Air 13-inci
Najib

Najib

POPULAR

iPad Air kini datang dalam saiz 11-inci & 13-inci, sokong Pencil Pro serta Magic Keyboard

iPad Air kini datang dalam saiz 11-inci & 13-inci, sokong Pencil Pro serta Magic Keyboard

7 May 2024
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN