• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank kini menyokong Google Pay, tawar pulangan tunai 100%

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 08/05/2024
  • Komen
Maybank kini menyokong Google Pay, tawar pulangan tunai 100%
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank hari ini mengumumkan sokongan mereka terhadap Google Pay. Ini membolehkan kad debit dan kredit Maybank dipautkan ke dalam Google Wallet di dalam telefon pintar, untuk digunakan sebagai pembayaran tanpa tunai menerusi Google Pay. Pembayaran Google Pay diterima di hampir semua terminal kad yang menyokong pembayaran tanpa sentuh, seperti Visa Paywave dan Mastercard Contactless.

Dengan ini juga, Maybank menjadi bank tempatan pertama menyokong ketiga-tiga pembayaran tanpa tunai di telefon pintar iaitu Google Pay, Apple Pay dan Samsung Pay. Selain Maybank, bank lain yang menyokong ketiga-tiga pembayaran ini adalah Standard Chartered Bank dan HSBC.



Promosi Pulangan Tunai 100%

Sebagai promosi pengenalan, Maybank menawarkan pulangan tunai 100% untuk pembayaran Google Pay pertama menggunakan kad Maybank. Tetapi ada terma dan syaratnya. Pulangan tunai ini dihadkan ke RM10 sahaja. Kalau bayar RM20 guna Google Pay, hanya akan dapat pulangan tunai RM10. Selain itu, pulangan tunai ini dihadkan hanya kepada 1,000 orang pertama.

Tawaran ini terbuka mulai 8 Mei sehingga 8 Julai 2024, atau sehingga habis diberikan kepada 1,000 orang. Maklumat lanjut promosi ini boleh di baca di sini.



Cara Menambah Kad Maybank ke Google Pay

Menurut Maybank, semua kad debit dan kredit Visa atau Mastercard keluaran Maybank, boleh ditambah ke dalam Google Wallet. Senarai penuh kad ada di sini.

Terdapat dua cara untuk anda menambah kad Maybank ke dalam Google Wallet, dan seterusnya digunakan untuk pembayaran Google Pay. Cara pertama menggunakan aplikasi Google Wallet.

Buka Google Wallet dan tekan pada butang “Add a card”, seterusnya pilih “Payment Card”. Selepas itu, tekan butang ‘+’ dan isi maklumat kad Maybank anda. Pengesahan perlu dibuat menerusi aplikasi MAE atau dengan menghubungi Maybank. Selepas disahkan, kad anda tersedia di dalam Google Wallet.

Cara kedua jauh lebih mudah, menggunakan aplikasi MAE. Lancarkan MAE dan pergi ke tab “CARDS”. Pilih kad yang mahu dipautkan dan tekan pada butang “Add to G Pay” di bawah. Buat pengesahan penambahan kad ke Google Wallet. Selepas disahkan, ia sedia digunakan di Google Pay.

@soyacincautiktok

Cara tambah kad Maybank ke Google Pay . #soyacincautiktok #maybank #googlepay #malaysiatiktok #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Cara Membayar Google Pay

Untuk membayar dengan Google Pay juga sangat mudah. Jika anda menetapkan Google Pay sebagai mod lalai pembayaran tanpa tunai, hanya rapatkan telefon ke terminal pembayaran dan ia akan melancarkan Google Pay secara automatik dan membuat bayaran.

Jika ia bukan ditetapkan sebagai lalai, anda hanya perlu melancarkan aplikasi Google Wallet dan rapatkan telefon ke terminal pembayaran. Ia akan membuat pembayaran selepas itu. Mudah sahaja.

@soyacincautiktok

Replying to @Mok Mimo Cara bayar Google Pay Guna Kad Maybank! #googlepay #maybank #nfc #carabayar #soyacincautiktok #replytocomments #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Had pembayaran

Sebagai salah satu langkah keselamatan yang serupa digunakan untuk pembayaran kad tanpa sentuh, Google Pay juga meletakkan had pembayaran RM250. Jika lebih dari RM250, pengguna perlu memasukkan nombor PIN keselamatan untuk meluluskan pembayaran Google Pay.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Google Pay Maybank. Semak juga soalan lazim FAQ di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Ambank kini sokong Google Pay, ini cara untuk tambahnya
  • Kad Wise Malaysia kini disokong di Apple Pay dan Google Pay, ini cara menambahnya
  • PSA: Google Pay boleh buat bayaran tanpa buka kunci skrin!
  • Cara membayar dengan Google Pay di Malaysia
  • Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon
Tags: Googlegoogle payGoogle WalletMAEMaybank
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Maybank kini menyokong Google Pay, tawar pulangan tunai 100%

Maybank kini menyokong Google Pay, tawar pulangan tunai 100%

8 May 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER