• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Realme Pad 2 vs Oppo Pad Neo, tablet LTE mana lebih baik?

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:49 pm
  • 09/05/2024
  • Komen
Realme Pad 2 vs Oppo Pad Neo, tablet LTE mana lebih baik?
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda tengah cari tablet mampu milik, terdapat beberapa pilihan menarik yang tersedia di Malaysia. Tetapi, ada yang bertanya, antara Oppo Pad Neo dan Realme Pad 2 mana lebih baik? Untuk pengetahuan anda, Oppo Pad Neo baru sahaja dilancarkan awal tahun ini, manakala Realme Pad 2 pula model yang sedikit lama dilancar pada Ogos tahun lepas.

Namun, kedua-duanya memiliki tanda harga yang lebih kurang sama serta dengan keseluruhan spesifikasi yang identikal. Tetapi jika anda ada bajet sekitar itu, antara kedua-dua tablet tersebut mana lebih baik? Jadi, ini saya nak bantu anda.



Spesifikasi hampir serupa

Atas papan utama, cip pemproses yang digunakan Oppo Pad Neo dan Realme Pad 2 adalah sama iaitu MediaTek Helio G99. Meskipun begitu, Realme Pad 2 tersedia dalam konfigurasi storan lebih besar 256GB, Oppo Pad Neo pula hanya ada 128GB. Meskipun begitu, kedua-dua tablet juga memiliki sokongan rangkaian 4G LTE, jadi anda tidak perlu bergantung pada sambungan WiFi.

Seterusnya, jika nak dbandingkan berkenaan skrin, kedua-dua tablet mempunyai saiz skrin yang hampir sama dengan menggunakan panel paparan LCD. Saiz skrin Realme Pad 2 berukuran 11.5” manakala Oppo Pad Neo pula pada 11.4”. Walau bagaimanapun, tablet Oppo ada nisbah lebih lebar 7:5 dengan resolusi tinggi 2408 x 1720 90Hz, tetapi Realme Pad 2 gunakan nisbah lebih panjang dengan resolusi hanya 2K. Bagaimanapun, kadar penyegaran Realme Pad 2 lebih pantas pada 120Hz.



Oppo Pad Neo
Realme Pad 2

Selain itu, kedua-dua tablet juga ada sistem kuad speaker dengan sokongan Dolby Atmos, pengecasan sama 33W, tetapi Realme Pad 2 ada bateri sedikit lebih besar pada 8,360mAh berbanding 8,000mAh. 

Daripada segi sistem operasi, kedua-duanya menjalankan Android 13, di mana Oppo Pad Neo menjalankan ColorOS 13.2 dan Realme Pad 2 pula menggunakan Realme UI 4 . Kedua-dua tablet pun ada fungsi dwi-skrin dan tablet boleh disambungkan ke telefon. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak memiliki sokongan pen stylus untuk kegunaan melukis atau mencatat nota.

Satu tablet lebih bagus untuk tujuan produktiviti

Oleh itu, untuk menentukan tablet mana satu lebih baik, ia bergantung pada keperluan anda kerana kedua-dua Oppo Pad Neo dan Realme Pad 2 memiliki kelebihan tersendiri, walaupun memiliki banyak ciri yang serupa. Jika anda nakkan storan lebih besar, Realme Pad 2 adalah pilihannya kerana ada storan dua kali ganda lebih besar.

Realme Pad 2
Oppo Pad Neo

Tetapi, kelebihan Oppo Pad Neo adalah ia ada skrin lebih tinggi bagus untuk produktiviti, serta dengan resolusi lebih tinggi. Pada pendapat saya, walaupun storan Oppo Pad Neo lebih kecil, ia merupakan pilihan lebih baik berbanding Realme Pad 2 serta storan bukan satu masalah kerana boleh diperluas lagi dengan kad mikroSD.

Berkenaan harga, Oppo Pad Neo dijual pada harga RM1,399 untuk versi LTE-nya dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Ini lebih RM100 berbanding Realme Pad 2 yang berharga RM1,299 untuk RAM lebih kecil 6GB dan storan 128GB. Varian lebih besarnya RAM 8GB dan storan 256GB pula berharga RM1,499.

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Oppo Pad Neo di stor rasmi Oppo di Lazada dan Shopee, serta Realme Pad 2 juga di gedung rasmi mereka di Lazada dan Shopee.

Anda juga boleh baca reviu penuh kami berkenaan Realme Pad 2 di sini.

Bacaan berkaitan

  • Oppo Pad Neo: Tablet mampu milik sokong LTE, skrin besar 11.36″ dan empat speaker Dolby Atmos
  • Realme Pad 2 miliki skrin lebih besar, lebih nipis dan mengecas lebih pantas
  • 5 Terbaik: Tablet bawah RM2,000 di Malaysia (2024), berkuasa tinggi dan tak mahal
  • 5 Terbaik: Tablet bawah RM1,000 di Malaysia (2024), tablet murah untuk kegunaan harian
Tags: oppooppo pad neoRealmeRealme Pad 2Realme Pad 2 LTEtablettablet android
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme Pad 2 vs Oppo Pad Neo, tablet LTE mana lebih baik?

Realme Pad 2 vs Oppo Pad Neo, tablet LTE mana lebih baik?

9 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER