• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple selamatkan pengguna, berjaya sekat RM34 bilion transaksi penipuan di AppStore

  • OLEH Najib
  • 7:08 pm
  • 15/05/2024
  • Komen
[Jualan 7.7] Diskaun untuk iPhone 14 Pro Max jadikannya lebih murah dari Xiaomi 13 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam masa empat tahun, Apple mengatakan bahawa mereka telah berjaya menghalang lebih USD 7 bilion (~RM33 bilion) transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi di AppStore yang melanggar privasi, dan menamatkan 3.3 juta akaun yang cuba membuat penipuan.

Perkara ini dijelaskan Apple dalam laporan analisa pencegahan penipuan tahun keempat mereka. Selain dari perkara yang disebut di atas, Apple juga telah menyenaraihitamkan 14 juta kad kredit yang dicuri.



Pada tahun 2023 sahaja, Apple telah menamatkan hampir 118,000 akaun pembangun, ini adalah penurunan berbanding 428,000 akaun yang ditamatkan pada tahun 2022. Ia juga kerana hasil penambahbaikan berterusan Apple yang berjaya menghalang akaun yang berpotensi untuk membuat penipuan, sebelum ia diciptakan lagi. Ia tidak termasuk lebih 91,000 pendaftaran telah ditolak kerana bimbang berlaku penipuan dan menghalang mereka daripada menyenaraikan aplikasi bermasalah di AppStore.

Di sebelah pengguna pula, Apple telah menyekat lebih 153 juta penciptaan akaun kerana disyaki mahu menipu dan membuat ulasan palsu. Apple juga telah menamatkan kira-kira 374 juta akaun kerana menipu dan disalahguna.



Pada April 2024, Apple mengatakan telah berjaya menghentikan 3.8 juta percubaan untuk memasang aplikasi cetak rompak melalui Program Perusahaan Pembangun. Ia meliputi 47,000 aplikasi berbeza yang telah cuba masuk sepanjang tahun lepas.

Apple turut mengaku bahawa proses penapisan dan kelulusan AppStore mereka tidak sempurna. Walaupun begitu, syarikat itu mengatakan bahawa mereka telah menolak 1.7 juta permohonan aplikasi. Daripada jumlah itu, lebih 248,000 telah disekat kerana ia adalah aplikasi peniru atau cuba mengelirukan pengguna.

Selain itu, 375,000 aplikasi telah disekat kerana melanggar privasi dan 38,000 lagi aplikasi dihentikan kerana mengandungi ciri tersembunyi atau tidak dinyatakan dengan jelas. Lebih 40,000 aplikasi juga telah ditolak kerana aktiviti “umpan-dan-tukar”, hampir serupa dengan apa yang cuba Epic lakukan dengan game Fortnite.

Pada 2023, Apple memproses 1.1 bilion penilaian dan ulasan aplikasi. Daripada jumlah tersebut, mereka menjelaskan bahawa hampir 152 juta penilaian aplikasi palsu telah dibuang.

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

  • iPad Pro dilengkapi cip terhebat Apple M4, sangat nipis dan ringan
  • iPad Air kini datang dalam saiz 11-inci & 13-inci, sokong Pencil Pro serta Magic Keyboard
  • Apple lancar HomePod dan HomePod mini di Malaysia, harga bermula RM529
Tags: appleApple AppstoreSCAM
Najib

Najib

POPULAR

[Jualan 7.7] Diskaun untuk iPhone 14 Pro Max jadikannya lebih murah dari Xiaomi 13 Ultra

Apple selamatkan pengguna, berjaya sekat RM34 bilion transaksi penipuan di AppStore

15 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER