• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Terbaik: Telefon TikTok Live pada harga patut untuk mula jana pendapatan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:58 pm
  • 16/05/2024
  • Komen
TikTok Live telefon harga patut di SoyaCincau BM
Share on FacebookShare on Twitter

TikTok Live adalah satu ciri siaran langsung yang terbina dalam aplikasi media sosial TikTok. Ia membolehkan pemilik akaun berinteraksi dengan peminat mereka secara masa nyata. Bukan itu sahaja, TikTok Live juga berpotensi untuk menjadi satu sumber pendapatan kerana pemilik akaun boleh menerima gift daripada pengikut yang seterusnya boleh ditukar kepada wang tunai.

Baru nak mula bergiat dengan arena TikTok Live? Ini 5 telefon terbaik yang boleh anda pertimbangkan tanpa perlu berbelanja besar.



Telefon TikTok Live: Kamera selfie 32MP tajam

Kepada live streamer yang berada dalam genre kosmetik, mereka banyak gunakan kamera depan untuk pamerkan produk barangan solek ataupun mendemonstrasikan pemakaian pencantik muka. Jadi, telefon yang sesuai untuk genre kosmetik adalah yang mempunyai kamera selfie beresolusi tinggi untuk pastikan wajah hos nampak tajam.

Bagi memenuhi keperluan itu, cuba usyar Oppo Reno 11F 5G yang ada kamera selfie 32MP. Oppo Reno 11F adalah sebuah telefon 5G sebesar 6.7″ dengan skrin FHD+ berkadar segar semula 120Hz. Ia diperkasa SoC Mediatek Dimensity 7050 bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB.



Harga jualan Oppo Reno 11F 5G di Malaysia ialah RM1,299. Anda boleh layari laman rasmi Oppo Reno 11F 5G untuk maklumat lanjut.

Beli Oppo Reno 11F 5G di Lazada
Beli Oppo Reno 11F 5G di Shopee

Oppo Reno 11F dibuka tempahan awal, telefon nipis dengan rekaan alam semulajadi

Telefon TikTok Live: Bateri 6,000mAh tahan lama

Saya juga biasa temui live streamer yang menyiarkan aktiviti mereka memburu hantu. Peminat genre paranormal biasanya keluar di waktu malam membawa telefon ke kawasan-kawasan seram dan berkongsikan pengalaman mereka di sana. Penggiat genre ini perlukan telefon yang berbateri besar supaya tak perlu sentiasa telefon bersambung kepada powerbank.

Telefon seperti iQoo Z9x mempunyai tangki bateri superbesar 6,000mAh. Untuk sebuah telefon arus perdana, ia adalah satu angka yang menakjubkan, malahan dengan bateri sebesar ini, ia masih lebih ringan berbanding iPhone 15 Pro Max. Sudahlah ada bateri besar, ia juga sokong pengecasan pantas 44W yang jarang-jarang ada pada telefon harga patut.

Pada harga bermula RM999, anda beroleh sebuah telefon dengan Snapdragon 6 Gen 1, RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB.  Di bahagian belakang, anda dapat kamera utama 50MP, cukuplah untuk nampak entiti paranormal yang anda buru.

Anda boleh layari laman rasmi iQoo Z9x untuk maklumat lanjut.

Beli iQoo Z9x di Lazada
Beli iQoo Z9x di Shopee

iQoo Z9 dan Z9x dilancar, bateri besar 6000mAh dan pengecas pantas sehingga 80W

Tablet TikTok Live: Skrin gergasi, mudah baca komen

Saya juga ada jumpa siaran langsung TikTok Live pembelajaran seperti mengajar subjek sekolah rendah dan sekolah menengah. Jadi, untuk kegunaan mengajar, saya sarankan cikgu di luar sana untuk gunakan tablet yang ada skrin lebih busar untuk mudah anda membaca respons daripada para murid.

Tablet dengan skrin besar macam Honor Pad X9 salah satu pilihan yang sesuai kerana harganya bermula RM999. Anda dapat sebuah tablet berskrin 11.5” dan papan kekunci didatangkan sekali, lantas menyumbang kepada tahap produktiviti yang tinggi.

Atas papan utama, tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 685, RAM 4GB dan storan 256GB. Anda bersiaran langsung melalui kamera depan 5MP yang saya rasa cukup dengan keadaan persekitaran yang cerah.

Anda boleh layari laman rasmi Honor Pad X9 untuk maklumat lanjut.

Beli Honor Pad X9 di Lazada
Beli Honor Pad X9 di Shopee

[REVIU] Honor Pad X9 LTE: Tablet 11.5″ paling murah dengan 4G, masih tiada stylus

Telefon TikTok Live: Strim Mobile Legends dan e-sukan

Selain menjual barang, kandungan siaran langsung bertemakan gaming adalah antara yang terbanyak boleh anda temukan di platform TikTok. Kalau anda nak berkecimpung dalam penstriman permainan digital, telefon perlulah cukup berkuasa untuk tampung dua tugas serentak, satu menjalankan permainan dan satu lagi bersiaran langsung.

Infinix GT 20 Pro dilengkapi dengan SoC Mediatek Dimensity 8200 5G, cip dalam kategori 6nm dan boleh dikatakan dalam kelas pertengahan premium di bawah Dimensity 9000. Cip itu bergandingan dengan RAM 8GB beserta storan 256GB.

Bila ber-gaming, anda boleh gunakan butang bahu untuk lebih banyak cara input kepada permainan anda. Lagi ciri gaming yang menarik adalah ia ada fungsi power bypass iaitu sumber tenaga elektrik diambil terus daripada pengecas berbanding bateri dan ia menjamin kesihatan bateri dalam tempoh waktu yang lebih panjang.

Infinix GT 20 Pro boleh didapatkan pada harga RM1,299. Anda boleh layari laman rasmi Infinix GT 20 Pro untuk maklumat lanjut.

Beli Infinix GT 20 Pro di Lazada
Beli Infinix GT 20 Pro di Shopee

Infinix GT 20 Pro rasmi dilancarkan, RAM 12GB dan Dimensity 8200 pada harga RM1,299

Telefon TikTok Live: Bawah RM1,000

Buat yang tidak pasti nak berada dalam genre apa dan ingin mulakan juga secara rambang dengan bajet paling kecil, anda boleh lihat pada Infinix Note 40 LTE yang berharga RM898.

Ia ada kamera belakang 108MP dan kamera depan 32MP. Bateri juga besar pada paras 5,000mAh dengan ciri pengecasan pantas 45W.

Infinix Note 40 LTE diperkasa cip Helio G99 Ultimate dan dibekalkan dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Ia ada skrin 6.78″ beresolusi FHD+ AMOLED dengan kecerahan puncak pada paras 1,300 nits.

Anda boleh layari laman rasmi Infinix Note 40 LTE untuk maklumat lanjut.

Beli Infinix Note 40 di Lazada
Beli Infinix Note 40 di Shopee

Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898

Tags: 5 terbaikhonorInfinixiQoooppoTikToktiktok live
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TikTok Live telefon harga patut di SoyaCincau BM

5 Terbaik: Telefon TikTok Live pada harga patut untuk mula jana pendapatan

16 May 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER