• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Huawei

Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:01 pm
  • 20/05/2024
  • Komen
Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah memperkenalkan jam pintar terbaru mereka Watch Fit 3 di Malaysia. Ia merupakan pengganti kepada Watch Fit 2 terdahulu tetapi hadir dengan rekaan lebih bergaya berbentuk kotak dengan paparan lebih besar. Malah ia juga datang dengan butang ‘rotating crown’ di sisi jam, menyerupai jam pintar Apple Watch.

Harga dan ketersediaan Watch Fit 3 di Malaysia

Watch Fit 3 keluaran Huawei ini telah tersedia didapatkan semua pengguna di Malaysia bermula pada harga RM599. Sebagai promosi pelancarannya, Huawei turut menyertakan hadiah bernilai RM89 kepada pembeli.



Sekiranya berminat, anda boleh dapatkannya di semua kedai fizikal Huawei Experience, laman web Huawei, stor rasmi Huawei di Lazada atau Shopee serta pengedar sah Senheng.

Spesifikasi Watch Fit 3

Huawei Watch Fit 3 hadir dengan rekaan jam berbentuk kotak serta panel paparan berukuran 1.85-inci. Skrinnya ada nisbah badan ke skrin 77.4% dan panel paparannya boleh mencapai sehingga 1,500 nits memberikan penggunaan skrin yang jelas dalam apa jua keadaan pencahayaan. Terdapat juga fungsi AOD pada skrin.



Walaupun dengan skrin yang besar, ia ada badan nipis 9.9mm dengan berat hanya 26g. Di sisi jam, terdapat butang ‘Rotating Crown’ untuk pengguna mengawal jam dengan satu lagi butang dibawahnya

Daripada segi keperluan kesihatan, Watch Fit 3 dilengkapkan dengan sistem TruSeen 5.5 terbaru untuk menawarkan pemantauan kadar degupan jantung yang lebih tepat serta peningkatan pengukuran tahap SpO2. Terdapat juga teknologi TruSleep 4.0 untuk menjejak tidur dengan lebih terperinci, di samping dilengkapi fitur terbaru untuk mengesan gangguan pernafasan semasa tidur.

Selain itu, Watch Fit 3 juga menyediakan sokongan untuk pengurusan kalori dan berat badan menerusi aplikasi Stay Fit. Ia juga ada pengkalan data makanan yang besar membolehkan pengguna untuk memantau keseimbangan antara diet dan senaman anda.

Di samping itu, jam pintar ini boleh dipautkan pada aplikasi Health Huawei dan ia menawarkan lebih 200 pelan latihan diperibadikan, dengan ciri Smart Sports yang mencadangkan senaman sesuai berdasarkan tabiat anda. Pengguna juga akan peroleh lima mod sukan terbaru dikuasakan Huawei TruSport seperti tenis, esports dan bola sepak, menjumlahkan lebih 100 mod sukan lain yang tersedia.

Selain daripada sukan, Watch Fit 3 juga dilengkapkan fungsi untuk menjejak kitaran haid wanita. Lebih menarik, ia juga ada ciri NFC membenarkan pengguna menjadikan jam sebagai kad akses ataupun kad pembayaran. Hayat bateri jam pula boleh bertahan sehingga 10 hari dalam penggunaan biasa, 7 hari untuk penggunaan berat dan 4 hari jika AOD dihidupkan.

Lagi ciri lain yang ada pada jam termasuk Bluetooth 5.2 dan kalis air 5ATM. Watch Fit 3 juga serasi digunakan bersama peranti iOS dan Android, serta ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu putih eksklusif, kelabu eksklusif, putih, hijau, merah jambu dan hitam.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Huawei Watch Fit 3.

Bacaan berkaitan

  • Siri Huawei Pura 70 di Malaysia, hadiah sehingga RM2,376 menanti penempah awal
  • Huawei jadualkan majlis pelancaran pada hari sama dengan acara Let Loose Apple
  • Huawei Nova 12i tiba, ahli termurah dengan kamera 108MP, skrin LCD dan pengecas 40W
Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Watch Fit 3Watch Fit 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599

Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599

20 May 2024
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER