• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP Akaun 3: Ahli berstatus muflis boleh keluarkan wang, ini caranya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:20 pm
  • 20/05/2024
  • Komen
KWSP naik taraf kemudahan i-Akaun majikan, kini boleh uruskan penggajian pekerja
Share on FacebookShare on Twitter

Akaun Fleksibel (Akaun 3) sudahpun dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat beberapa ketika. Caruman pun sudah bermula dan ada dalam kalangan ahli yang sudahpun memohon perpindahan sebahagian daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) untuk dijadikan baki permulaan Akaun 3. Soalan seterusnya yang ramai bertanya adalah bagaimana dengan ahli berstatus muflis? Apakah mereka boleh memanfaatkan Akaun 3?

Selepas bertanyakan pada Elya dan pada agen KWSP yang mengendalikan pertanyaan saya, jawapannya adalah mereka masih boleh keluarkan Akaun 3, cuma ada sedikit langkah tambahan perlu dilakukan.



Menurut pihak KWSP, pengeluaran Akaun 3 masih boleh membuat permohonan melalui i-Akaun (Ahli) dan pembayaran boleh dibuat dalam bentuk Arahan Bayaran (Payment Order).

@soyacincautiktok Replying to @SoyaCincautiktok KWSP Akaun 3: Ini Cara Pindah Dana Dari Akaun 2! #kwsp #kwspakaun3 #kwspakaun #kwspakaun2 #kwspmalaysia #tips #cara #longervideos #soyacincautiktok #fyp ♬ original sound – SoyaCincautiktok

Mohon pengeluaran Akaun 3 secara manual (borang)

Sekiranya ahli menghadapi masalah menggunakan i-Akaun, permohonan secara manual juga diterima. Borang Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel (KWSP 9FA (AHL)) boleh didapatkan secara dalam talian. Di dalam borang itu juga terdapat panduan dan senarai semak dokumen yang diperlukan.



Contohnya, untuk permohonan biasa, dokumen yang perlu dihantar adalah Borang KWSP 9FA (AHL) yang lengkap diisi, salinan MyKad dan/atau Kad Pengenalan Lama dan.atau salinan MyTentera/Kad Kuasa Polis. Pemohon bukan warganegara pula perlu menghantar salinan MyPR atau Pasport.

Untuk pemohon yang tidak memiliki akaun abnk yang sah kerana berstatus muflis, satu dokumen tambahan yang diperlukan adalah notis kemuflisan untuk pengesahan status anda.

Bacaan berkaitan

Ahli KWSP boleh pilih untuk tidak mencarum ke Akaun 3

Pindah 10/30 Akaun 2 ke Akaun 3 selepas 15 Ogos adalah langkah paling cerdik, ini sebabnya

KWSP Akaun Fleksibel: Ini syarat-syarat pengeluaran Akaun 3 anda

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Tags: Akaun 3kwsp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
KWSP naik taraf kemudahan i-Akaun majikan, kini boleh uruskan penggajian pekerja

KWSP Akaun 3: Ahli berstatus muflis boleh keluarkan wang, ini caranya

20 May 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN