• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP Akaun Fleksibel: Ini syarat-syarat pengeluaran Akaun 3 anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:17 pm
  • 11/05/2024
  • Komen
KWSP Akaun Fleksibel: Ini syarat-syarat pengeluaran Akaun 3 anda
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dahpun mengkuatkuasakan penstrukturan semula akaun. Kini pencarum telah ada Akaun Fleksibel (Akaun 3) dan kemudahan untuk tidak mulakan Akaun 3 daripada RM0 sudahpun aktif.

Bila anda log masuk ke i-Akaun, kemudahan perpindahan dana one-off daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) kepada Akaun 3 boleh ditemui di butang Ketahui Lanjut. Kemudian anda akan dibawa ke halaman situasi simpanan KWSP anda dan ada juga maklumat selepas perpindahan, sekiranya anda bersetuju untuk menerimanya.



Sekiranya anda ingin teruskan, anda akan dibawa ke halaman pengesahan yang anda ingin menggunakan kemudahan sekali guna ini.

Syarat-syarat pengeluaran Akaun Fleksibel

Kesemua maklumat ini diperoleh daripada laman rasmi KWSP. Anda boleh melakukan permohonan untuk pengeluaran sebaik sahaja baki dalam Akaun 3 mencapai RM50 sama ada selepas permohonan untuk perpindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah berjaya ataupun selepas pengkreditan caruman baharu.



Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

Sebarang permohonan pengeluaran Akaun 3 boleh dilakuakn sama ada melalui kemudahan dalam talian KWSP i-Akaun ataupun dengan hadir sendiri ke Pejabat KWSP. Walau bagaimanapun, terdapat situasi yang tidak membolehkan permohonan secara dalam talian dilakukan.

Salah satu daripadanya adalah amaun pengeluaran yang melebihi RM30,000 memerlukan pengesahan identiti secara fizikal di Pejabat KWSP. Situasi seterusnya adalah apabila ahli tidak mempunyai sebarang rekod pengeluaran ataupun maklumat bank adalah berbeza berbanding rekod pengeluaran sebelum ini. Dalam hal demikian, ahli perlu turut melakukan pengesahan fizikal di kiosk layan diri KWSP.

Bagi memastikan kelancaran pengeluaran wang, ahli diminta untuk memiliki akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif dan akaun tersebut didaftarkan atas nama sendiri. Buat permohonan yang memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan, pembayaran akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Sumber: KWSP

Bacaan berkaitan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

KWSP struktur Akaun Fleksibel turut liputi caruman sukarela

Ini kadar dividen Akaun Fleksibel menurut KWSP

Tags: Akaun 3Akaun Fleksibelkwsp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
KWSP Akaun Fleksibel: Ini syarat-syarat pengeluaran Akaun 3 anda

KWSP Akaun Fleksibel: Ini syarat-syarat pengeluaran Akaun 3 anda

11 May 2024
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN