• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Focus Pro 5G, telefon unik dengan kamera termaju dan tak mahal dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:48 pm
  • 20/05/2024
  • Komen
Nubia Focus Pro 5G, telefon unik dengan kamera termaju dan tak mahal dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang mahukan telefon pintar dengan kamera hebat, tapi tak mahal sangat. Jika itu yang anda nak, cuba pertimbangkan telefon pintar terbaru ZTE ini, Nubia Focus Pro 5G. Telefon baru ini memiliki pelbagai fungsi kamera menarik yang jarang ada di telefon pintar lain. Malah, harganya juga lebih mampu milik.

Harga dan Promosi Nubia Focus Pro 5G

ZTE Malaysia akan mula menjual telefon pintar Nubia Focus Pro 5G pada 4 Jun 2024. Hanya ada 1 varian dijual di Malaysia, dengan harga rasminya seperti berikut:



  • Nubia Focus Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM999

Tetapi orang ramai boleh mendapatkan diskaun dan hadiah percuma dalam promosi tempahan awal. Dari 21 Mei sehingga 3 Jun 2024, buat tempahan awal Nubia Focus Pro 5G di Shopee dan terima diskaun RM50 serta Speaker Bluetooth ZTE bernilai RM99 percuma. Tawaran ini diberikan selagi stok masih ada.

Spesifikasi Nubia Focus Pro 5G

Prestasi telefon Nubia Focus Pro 5G hanyalah di kelas pertengahan, menggunakan cip Unisoc T760, bersama RAM 8GB dan storan UFS 3.1 256GB. Tiada slot kad mikroSD untuk storan tambahan, tetapi RAM boleh dibesarkan secara dinamik sebanyak 12GB, menjadikan jumlah RAM kepada 20GB.



Skrin telefon ini agak besar, berukuran 6.72-inci jeniS LCD HD Penuh, serta kadar penyegaran 120Hz. Terdapat juga fungsi ‘Live Island’ yang membesarkan lubang kecil hitam di atas skrin, untuk memaparkan pelbagai notifikasi. Lubang ini memuatkan kamera hadapan 32MP.

Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 108MP, kamera ultralebar/mikro 5MP dan kamera potret 2MP. Kamera ini turut terbina bersama penstabil imej optikal dan elektronik (OIS+EIS). Tetapi Nubia menjadikan pengalaman menangkap gambar lebih menarik dengan pelbagai penapis fotografi jalanan dan pilihan jarak fokal.

Perkara paling unik yang menjadi kelebihan di Nubia Focus Pro 5G adalah butang sisi. Terdapat butang luncur di sebelah atas untuk melancarkan aplikasi dengan pantas, serta butang sentuh di bawah untuk menangkap gambar. Apabila menggunakan telefon secara melintang, butang sentuh berada di lokasi terbaik untuk menjadi butang pengatup gambar seperti di kamera biasa.

Bateri yang dipasang di dalam telefon ini berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Kepala pengecas dan kabel yang serasi ada diberi di dalam kotak.

Menambah rupa menarik telefon ini adalah dua tona warna dengan kemasan vegan yang menjadikannya kelihatan seperti kamera kompak. Ada dua pilihan warna disediakan iaitu hitam dan coklat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nubia Focus Pro 5G.

[Sumber: ZTE Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Terbukti! Nubia Neo 2 5G adalah telefon gaming dengan butang bahu termurah di Malaysia
  • Nubia Flip 5G dilancar, telefon lipat dari serendah RM2499 di Malaysia
  • Nubia Z60 Ultra boleh didapati di Malaysia dengan kemas kini AI
  • Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming
Tags: NubiaNubia Focus ProZTE
Najib

Najib

POPULAR

Nubia Focus Pro 5G, telefon unik dengan kamera termaju dan tak mahal dilancar di Malaysia

Nubia Focus Pro 5G, telefon unik dengan kamera termaju dan tak mahal dilancar di Malaysia

20 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER