• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Nak laksana ibadah korban? Ini 5 platform online yang dipercayai anda boleh guna (2024)

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:08 pm
  • 23/05/2024
  • Komen
Nak laksana ibadah korban? Ini 5 platform online yang dipercayai anda boleh guna (2024)
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya korban pada 17 Jun 2024. Pastinya ada di kalangan anda yang mahu menyempurnakan ibadah korban, betul tak? Selain daripada membeli sebuah lembu secara fizikal, anda juga boleh melakukan ibadah korban secara dalam talian sahaja. Lebih mudah dan cepat. 

Di malaysia, terdapat pelbagai platform yang tersedia khas untuk tujuan ibadah korban. Tetapi, anda perlu berhati-hati jangan sampai kena scam pula. Jadi, untuk memudahkan anda, dalam artikel ini saya kumpulkan senarai 5 platform yang dipercayai dan telah disemak secara telus untuk anda lakukan ibadah korban.



1. Thijari Tabung Haji

Thijari adalah platform oleh Tabung Haji untuk pengguna menyemak akaun tabung haji mereka. Meskipun begitu, ia turut menyediakan perkhidmatan untuk ibadah korban dan boleh dilakukan melalui pelayar ataupun aplikasi ThiJari. Namun, tidak seperti platform lain, pilihan korban adalah terhad untuk satu pilihan iaitu Qibas/kambing barbari yang berharga RM858.

Tetapi untuk gunakan Thijari, anda perlulah ada akaun Tabung Haji terlebih dahulu dan pembayaran akan dibuat melalui akaun Tabung Haji anda. Selain itu, perlu diingatkan juga bahawa pembayaran korban melalui ThiJari hanya boleh dibuat sehingga 10 Jun 2024 sahaja.



Anda boleh pergi ke laman web Thijari di sini.

2. Haluan

Haluan adalah sebuah NGO yang ditubuhkan pada 1989 bertujuan untuk membantu masyarakat dan mereka juga ada menyediakan khidmat ibadah korban. Terdapat pelbagai pakej korban yang ditawarkan dengan harga serendah RM350 hingga RM620 untuk 1-bahagian lembu atau seekor kambing korban luar negara. Harga yang dikenakan adalah paling murah berharga RM350 bagi korban seekor kambing.

Paling tinggi adalah pakej korban seekor kambing di Palestin yang berharga RM2,100. Sekiranya anda mahu korban tempatan, harganya adalah RM850 untuk 1-bahagian lembu. Anda boleh mendaftar seberapa peserta yang anda nak dan tiada had maksima yang dikenakan. 

Tetapi, jika ada lebih daripada seorang peserta, anda perlu melantik satu wakil untuk pihak Haluan hubungi jika perlu dan wakil juga tidak semestinya perlu daripada salah seorang ahli. Bagaimanapun, tarikh akhir untuk pendaftaran adalah pada Isnin, 10 Jun 2024.

Untuk lakukan ibadah korban di Haluan, anda boleh layari laman webnya di sini.

3. EZ Qurban

Seterusnya adalah EZ Qurban. Seperti Haluan, platform ini juga menyediakan korban dengan harga serendah RM350. Terdapat tiga pilihan pelaksanaan korban iaitu korban luar negara, korban lokal dan juga korban Syria. Korban luar negara melibatkan pengagihan daging ke 39 buah negara dan berharga RM350 untuk 1-bahagian lembu dan RM590 untuk seekor kambing.

Korban lokal pula ditawarkan pada harga paling murah dalam senarai iaitu RM780 untuk 1-bahagian lembu. Kos yang lebih tinggi pada RM1,500 untuk korban bagi 1-bahagian lembu di Syria. Pilihan seekor lembu dan kambing turut disediakan jika ada yang mahu. Lebih menarik, EZ Qurban juga bekerjasama dengan Touch n Go E-Wallet dengan menawarkan pulangan tunai RM30 untuk setiap pendaftaran kali pertama melalui Touch n ‘Go E-wallet.

Untuk mengelakkan sebarang keraguan, semua transaksi di EZ Qurban dikatakan akan disahkan oleh Amanah Warisan Berhad. Jika berminat dengan tawaran oleh EZ Qurban, anda perlu mendaftarnya sebelum 18 Jun 2024. Anda boleh berbuat demikian melalui pautan ini.

4. MyCare

Satu lagi platform yang menyediakan perkhidmatan korban adalah MyCare. Ia merupakan pertubuhan NGO yang berdaftar di Malaysia. Berbanding platform lain, MyCare menawarkan pakej korban paling murah dengan harga bermula RM220 sahaja untuk 1-bahagian lembu di India.

Tapi, haiwan yang ditawarkan berbeza mengikut negara dan harga paling tinggiyang dikenakan untuk 1-bahagian lembu adalah Palestin, dengan berharga RM2,200. Terdapat juga pilihan korban untuk seekor kambing bermula harga RM400 sehingga RM700. Namun, tiada pilihan korban seekor lembu disediakan.

Selain itu, MyCare turut menyertakan laporan audit pengurusan dana mereka untuk memastikan pengoperasian yang lebih telus. Sebagai peringatan, anda hanya boleh lakukan penyertaan sehingga 14 Jun 2024.

Untuk melakukan ibadah korban di MyCare, anda boleh layari laman web mereka di sini.

5. Ikhlas

Akhir sekali adalah Ikhlas, iaitu sebuah perkhidmatan bagi keperluan muslim oleh AirAsia. Ia menawarkan pilihan korban yang pelbagai untuk pengguna pilih, termasuk untuk korban luar negara dan korban tempatan. Pakej yang ditawarkan adalah berharga RM350 untuk 1-bahagian lembu dan lebih mahal RM2,450 untuk seekor lembu bagi korban luar negara.

Selain itu, anda ada pilihan korban kambing pada harga RM590 seekor. Untuk korban tempatan, harga yang ditawarkan adalah RM800 termasuk penghantaran untuk 1-bahagian lembu. Terdapat juga pilihan korban 1-bahagian lembu bagi golongan asnaf dengan harga bermula RM750 dan RM5,250 untuk seekor lembu yang akan diedarkan melalui rangkaian sedekah Ikhlas.

Seperkara menarik tentang Ikhlas, anda boleh menerima 1 mata AirAsia bagi setiap RM2 yang dibelanjakan. Untuk mendaftar, tarikh akhir pendaftaran di Ikhlas adalah pada 10 Jun 2024. Anda boleh tunaikan ibadah korban melalui Ikhlas di sini.

[Sumber gambar]

Tags: hari raya aidiladhahari raya hajihari raya korbankorbantabung haji
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Nak laksana ibadah korban? Ini 5 platform online yang dipercayai anda boleh guna (2024)

Nak laksana ibadah korban? Ini 5 platform online yang dipercayai anda boleh guna (2024)

23 May 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER