• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit

  • OLEH Najib
  • 4:03 pm
  • 24/05/2024
  • Komen
Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit
Share on FacebookShare on Twitter

Nak beli telefon pintar paling murah tapi boleh guna dengan baik? Mungkin anda boleh pertimbangkan telefon pintar Infinix yang bakal tiba ini, Infinix Smart 8. Harganya memang melampau murah, tetapi ada ciri-ciri asas mencukupi untuk digunakan sebagai telefon pintar. Malah, ia lebih murah berbanding Infinix Smart 8 Pro yang dilancar di Malaysia awal tahun ini.

Harga dan Ketersediaan

Menurut Infinix Malaysia, mereka akan mula menjual telefon pintar Infinix Smart 8 di Malaysia pada 28 Mei 2024. Harga rasminya pula adalah:



  • Infinix Smart 8 (RAM 6GB + Storan 64GB) – RM299

Jika berminat untuk membelinya, ia boleh didapati dari pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia, serta atas talian di Stor Rasmi Infinix di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop.

Spesifikasi Infinix Smart 8

Walaupun bukan Pro, Smart 8 kelihatan lebih berkuasa berbanding Smart 8 Pro. Ini kerana ia menggunakan cip Unisoc T606 12nm yang dilihat lebih baik daripada cip Helio G36. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR4X 3GB dan boleh diluaskan secara maya menjadi 6GB. Storannya seluas 64GB dan sedia menerima kad mikroSD sehingga 2TB.



Skrin Smart 8 juga agak bagus. Kekurangannya hanyalah resolusi HD+, tetapi skrin LCD seluas 6.6-inci ini ada kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Tambah menarik, ia menggunakan lubang kecil di dahi skrin untuk menempatkan kamera hadapan. Malah, ada fungsi Magic Ring yang menyerupai Dynamic Island di iPhone untuk memaparkan maklumat berguna. Telefon ini juga ada pengimbas capjari, terletak di dalam butang kuasa di sisi.

Untuk kamera, ia menggunakan sensor 8MP di hadapan dan 13MP di belakang. Terdapat kamera kedua di belakang, yang digelar kamera AI. Sistem bunyi hanya mono, tetapi ia dikatakan agak lantang dengan teknologi DTS dan 200% lebih kuat daripada biasa. Jek audio 3.5mm juga masih ada.

Bateri pun cukup besar, berkapasiti 5,000mAh dan ia menggunakan pengecas USB-C tetapi dengan kuasa 10W sahaja. Warna pun ada banyak pilihan, iaitu hitam, putih, emas dan hijau. Sistem operasi yang digunakan adalah XOS 13, berasaskan Android 13.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman produk Infinix Smart 8.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia
  • Infinix Hot 40 Pro dan Hot 40i dilancar, harga lebih mahal dengan storan besar
  • Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898
  • Infinix Note 40 Pro 5G Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM1,098
Tags: InfinixInfinix Smart 8
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit

Infinix Smart 8, telefon paling murah boleh beli kalau bajet anda sedikit

24 May 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN