• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Equinix JH1: Pusat data global RM188 juta pertama Johor mula beroperasi. Apa signifikannya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:21 pm
  • 28/05/2024
  • Komen
Equinix Jh1, pusat data RM188 juta Johor

Equinix Jh1, pusat data RM188 juta Johor

Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru telah menjadi lokasi pertama sebuah pusat data global negeri itu. Pusat data tersebut adalah milik Equinix dan dipanggil JH1 International Business Exchange (IBX) dan sudahpun mula beroperasi.

Siapakah Equinix?

Equinix JH1 IBX, pusat data di Nusajaya Tech Park, Iskandar Johor
Equinix JH1 IBX, pusat data di Nusajaya Tech Park, Iskandar Johor

Pusat data Equinix JH1 IBX letaknya di Nusajaya Tech Park, Iskandar Johor. Buat yang tak mengenali, Equinix ialah salah satu operator pusat data terbesar di dunia. Ia telah ditubuhkan dalam tahun 1998 di Lembah Silikon dan kini mereka mengoperasikan 260 pusat data di seluruh dunia.



Equinix mengatakan yang mereka mempunyai lebih 10,000 pelanggan di seluruh dunia dan lebih separuh daripada pelanggan mereka berada dalam senaraian Fortune 500. Antara nama-nama besar yang pastinya anda kenal ialah seperti Amazon Web Services, Google Cloud, Microsoft Azure, Cisco, Oracle, Salesforce, Netflix, dan Zoom.

Majlis pelancaran Equinix JH1
Majlis pelancaran Equinix JH1

Dengan semua nama-nama besar dan klien-klien yang lain, Equinix mengendalikan lebih 35.900 Gbps trafik IP di seluruh dunia menerusi Internet Exchange mereka. Selain di Malaysia, Equinix juga memiliki pusat data di Singapura, Indonesia, Korea Selatan, Jepun, India, Hong Kongi, China, dan Australia untuk rantau Asia Pasifik.



Kenapa tubuhkan pusat data global di Johor?

Lokasi Equinix JH1 berhampiran Singapura
Lokasi Equinix JH1 berhampiran Singapura

Salah satu faktor penubuhan JH1 menurut Equinix ialah lokasinya yang berhampiran Singapura. Pengarah Urusan Equinix Malaysia, Cheam Tat Inn mengatakan bahawa negeri Johor mula menarik minat mereka kerana faktor kapasiti terhad di Singapura.

Untuk makluman anda, JH1 cuma berjarak 15km daripada sempadan Singapura di Tuas dan ia bersambung secara langsung dengan pusat data Equinix Singapura yang bermakna JH1 mampu untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat daripada negara jiran Malaysia itu.

Apa ada didalam pusat data Equinix JH1?

Bahagian dalam Equinix JH1 IBX
Bahagian dalam Equinix JH1 IBX

Disebabkan kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di bahagian dalam Equinix JH1, gambar-gambar di dalam artikel ini semuanya disediakan oleh pihak Equinix.

Letaknya di Nusajaya Tech Park (NTP) dekat Iskandar Johor, JH1 dibangunkan dengan dana permulaan sekitar USD40 juta (~RM188.3 juta). JH1 adalah pusat data kedua Equinix di Malaysia selepas Equinix KL1 di Cyberjaya yang telah beroperasi sejak Januari 2024 yang lalu.

JH1 mempunyai keluasan keseluruhan 1,800 meter persegi dalam bentuk kompleks dua tingkat dan mampu menampung sehingga 500 kabinet pelayan. Antara servis yang ditawarkan oleh JH1 adalah seperti Equinix Fabric, Equinix Cross Connect, Equinix Internet Access, Equinix Internet Exchange, dan Metro Connect.

Sistem UPS di Equinix JH1
Sistem UPS di Equinix JH1

Equinix mendakwa yang pusat data mereka mempunyai rekod operasi 99.999%. Maka dengan sebab itu, pelbagai langkah diambil supaya JH1 boleh mengekalkan rekod baik tersebut. Salah satunya adalah penyediaan komponen uninterruptible power supply (UPS) yang katanya boleh membekalkan elektrik selama 15 minit sekiranya terdapat kegendalaan terhadap bekalan utama.

Unit penjana elektrik juga disediakan di lokasi untuk menjadi sistem sokongan seandainya berlaku kegendalaan dalam tempoh luar biasa panjang.

Sistem janakuasa Equinix JH1
Sistem janakuasa Equinix JH1

Satu perkara menarik tentang JH1 dan KL1 adalah mereka beroperasi menggunakan tenaga boleh baharu sepenuhnya sejak hari pertama. Haba yang terhasil sewaktu operasi juga tidak dibazirkan, udara tersebut disejukkan dan disuap semula masuk ke dalam sistem pengudaraan kemudahan pusat data.

Klien mula aktifkan pelayan di Equinix JH1

Pemandangan bahagian dalam Equinix JH1
Pemandangan bahagian dalam Equinix JH1

Walaupun pusat data JH1 dirasmikan pada 27 May 2024, sebenarnya pusat data ini sudahpun beroperasi untuk beberapa ketika. Dimaklumkan yang terdapat sekumpulan pelayan yang aktif mengendalikan sistem (AI). Walau bagaimanapun, maklumat klien yang mengoperasikan pelayan itu tidak pula dikongsikan atas sebab kerahsiaan. Namun, apa yang boleh dikongsikan ialah, nama-nama seperti Time dan Maxis sudahpun menjadi sebahagian daripada ekosistem Equinix.

Tags: equinix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Equinix Jh1, pusat data RM188 juta Johor

Equinix JH1: Pusat data global RM188 juta pertama Johor mula beroperasi. Apa signifikannya?

28 May 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER