• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Store pertama Malaysia akan dibuka pada 22 Jun, ini kelebihannya yang anda patut tahu

  • OLEH Najib
  • 9:21 am
  • 29/05/2024
  • Komen
Apple Store pertama Malaysia akan dibuka pada 22 Jun, ini kelebihannya yang anda patut tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Impian peminat Apple di Malaysia akan dimakbulkan tidak lama lagi. Apple Malaysia hari ini telah mengaktifkan laman web yang menjelaskan bahawa, Apple Store akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi.

Perkara ini ibarat rahsia yang sudah diketahui ramai. Apple Store pertama Malaysia akan dibuka di The Exchange TRX. Pembukaan rasminya akan diadakan pada hari Sabtu, 22 Jun 2024 pukul 10 pagi. Kedai Apple Store ini sudah lama tersergam di bahagian luar The Exchange, tetapi sehingga kini ditutup rupanya.



Rupa Apple Store di The Exchange TRX pada November 2024

Apa kelebihan Apple Store?

Apple Store bukan sekadar kedai, tetapi ia menyediakan pengalaman buat pengguna untuk mendalami ilmu dan kelebihan setiap produk Apple tanpa paksaan membeli. Sudah pasti, ia akan mempamerkan semua produk terbaru Apple yang ada dijual. Malah, pengunjung boleh memegang dan mencuba sendiri setiap produk yang ada, dengan penerangan lebih mendalam oleh kakitangan di sana.

Suasana ruang pembelajaran di Apple Store di Jingan, China

Akan terdapat ruang pembelajaran di dalam Apple Store, yang menyediakan dari masa ke semasa, kelas atau bengkel yang berkaitan produk Apple. Malah, ia mungkin menawarkan kelas fotografi telefon pintar, selain cara-cara menggunakan aplikasi tertentu seperti mengedit video menggunakan tablet.



Genius Bar dan sesi peribadi

Apple Store di Jingan, China

Tidak tahu langsung tentang produk Apple, atau tidak pasti gabungan produk apa yang sesuai untuk kerja anda? Anda boleh mendapatkan bantuan dan panduan dengan membuat temujanji dengan pakar di Genius Bar. Pakar produk Apple di Genius Bar boleh membantu menetapkan produk baru Apple anda, atau membantu mengembalikan Apple ID, serta menggantikan skrin.

Pengunjung juga boleh menempah sesi temujanji khas berkenaan produk tertentu Apple. Dalam sesi ini, mereka akan disantuni secara peribadi dan diterangkan tentang produk Apple secara mendalam. Malah, akan disediakan semua pilihan yang ada dan dicuba sendiri satu persatu. Tanpa dihukumi secara luaran atau dalaman.

Tempah dan beli-belah

Paling utama, sudah pasti membeli produk Apple di Apple Store. Di sana, pengguna boleh menukar tebus produk lama Apple untuk membeli produk baru. Apabila produk lama itu disahkan, Apple akan memberi kredit tunai semasa membayar untuk produk baru. Tetapi jika produk tersebut tidak boleh ditukar tebus kepada kredit, anda boleh memberikannya kepada Apple untuk dikitar semula.

Ruang pengambilan produk yang dibeli di Apple Store di Jingan, China

Sektor pendidikan juga boleh mendapatkan diskaun harga pendidikan di Apple Store. Harga istimewa ini tidak terhad kepada pelajar universiti sahaja, malah ia turut terbuka kepada guru, pendidik, kakitangan sekolah dan juga ibu bapa pelajar. Rujuk tentangnya di sini.

Pasti ada lebih banyak perkara menarik akan ditawarkan di Apple Store. Sama-sama kita tunggu pembukaan rasmi Apple Store di The Exchange TRX, pada 22 Jun.

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

  • Apple Store TRX: Ini rupa kedai pertama Apple di Malaysia lebih dekat dan jelas
  • Lagi bukti jelas Apple Store pertama Malaysia di TRX
  • Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024
Tags: appleApple StoreApple Store TRXThe ExchangeTRX
Najib

Najib

POPULAR

Apple Store pertama Malaysia akan dibuka pada 22 Jun, ini kelebihannya yang anda patut tahu

Apple Store pertama Malaysia akan dibuka pada 22 Jun, ini kelebihannya yang anda patut tahu

29 May 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN