• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boostbank mahu beri faedah simpanan 3.6% setahun, pilih kad debit hitam atau merah

  • OLEH Najib
  • 10:11 am
  • 29/05/2024
  • Komen
Boostbank mahu beri faedah simpanan 3.6% setahun, pilih kad debit hitam atau merah
Share on FacebookShare on Twitter

BoostBank bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, menjadi bank digital ketiga beroperasi di Malaysia selepas GXBank dan AEON Bank. Sebelum dirasmikan, BoostBank telah mula berkongsi beberapa kelebihan yang bakal mereka tawarkan kepada pelanggan.

Sehingga 3.6% faedah setahun menyimpan dalam Savings Jar

Daripada laman web BoostBank yang telah dipadam, ada dinyatakan bahawa BoostBank menawarkan kadar faedah harian sehingga 2.5% setahun bagi Akaun Simpanan. Tetapi jika anda menyimpannya di dalam Savings Jar, kadar faedah harian yang diberikan adalah sehingga 3.6% setahun.



Sebagai perbandingan, GXBank menawarkan kadar faedah harian yang serupa untuk Akaun Simpanan dan Saving Pocket, iaitu 3% setahun. Begitu juga AEON Bank, kadar keuntungan harian yang serupa untuk Akaun Simpanan dan Saving Pot iaitu 3.88%, tetapi ia adalah promosi sehingga 31 Ogos 2024.

Walaupun kadar faedah BoostBank ini dikira secara harian, ia akan dimasukkan ke dalam akaun pengguna secara mingguan, dari tarikh akaun dibuka.



Kadar lebih tinggi untuk Platinum President

Bagaimanapun, kadar faedah ini masih ada tahap tambahan. Jika pengguna berjaya menaikkan tahap mereka ke “Platinum President”, pengguna akan menikmati kadar faedah lebih tinggi, 3x mata ganjaran Boost Star serta ganjaran rakan niaga eksklusif. Tetapi tidak pula dinyatakan berapa kadar faedah tersebut. Ia mungkin akan didedahkan pada hari pelancaran kelak.

Di dalam terma dan syarat (T&C), tahap Platinum President boleh dicapai apabila Akaun Simpanan pengguna memiliki simpanan sebanyak RM2,000 buat kali pertama.

Kemudian untuk mengekalkan tahap ini, pengguna perlu memastikan simpanan minimum RM2,000 sekurang-kurangnya selama 25 hari dalam bulan berikut. Jika tidak, tahap pengguna akan diturun ke Basic pada bulan seterusnya.

Pilih warna kad debit, hitam atau merah

Sama seperti bank lain, BoostBank akan menawarkan kad debit fizikal kepada penggunanya. Ia dijayakan dengan kerjasama Mastercard.

Sekarang, BoostBank telah membuka undian kepada orang ramai untuk memilih warna kad debit mereka, antara hitam atau merah. Ia mungkin tarikan awal BoostBank untuk memberitahu bahawa mereka akan menawarkan dua pilihan warna kad debit kepada pengguna. Untuk perbandingan, GXBank menyediakan kad debit berwarna hitam manakala AEON Bank memberi kad debit berwarna merah jambu.

Apa warna pilihan anda? Adakah tawaran yang sudah dimaklumkan ini menarik minat anda untuk mendaftar BoostBank kelak?

[Sumber: RinggitPlus, BoostBank]

Bacaan Berkaitan

  • AEON Bank buka pendaftaran untuk semua, Percuma 3,000 mata ganjaran & keuntungan tahunan 3.88%
  • GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia
  • GX Card, Kad Debit GXbank dengan RM0 caj keluar wang di semua ATM boleh ditempah sekarang
Tags: Bank DigitalBoostBoost Bank
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Boostbank mahu beri faedah simpanan 3.6% setahun, pilih kad debit hitam atau merah

Boostbank mahu beri faedah simpanan 3.6% setahun, pilih kad debit hitam atau merah

29 May 2024
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER