• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

FoodPanda perkenal Bright, jenama runcit sendiri dengan produk segar, basah dan kering

  • OLEH Najib
  • 4:24 pm
  • 29/05/2024
  • Komen
FoodPanda perkenal Bright, jenama runcit sendiri dengan produk segar, basah dan kering
Share on FacebookShare on Twitter

FoodPanda hari ini mengumumkan jenama runcit baru di bawah mereka, Bright. Ia terdapat secara eksklusif di PandaMart, menyediakan lebih 200 produk merentas tiga sub-jenama iaitu:

  • BrightFarms – produk segar seperti buah dan sayur
  • BrightYums – makanan kering dan siap sedia dimakan
  • BrightSpots – barang keperluan rumah, termasuk sabun

Sebenarnya, ini bukanlah perkara baru kerana FoodPanda telah memperkenal jenama Brightfields sebelum ini pada tahun 2021. Ia menawarkan pelbagai produk keperluan di rumah, termasuk makanan, snek, minuman dan diluaskan lagi kepada buah-buahan segar dan produk pencuci.



FoodPanda menghasilkan produk Bright secara terus dengan pembekal, menjadikan ia lebih jimat kos dan harga lebih kompetitif, dianggarkan sehingga 25% lebih murah berbanding jenama lain. FoodPanda juga memastikan standard tinggi dalam proses penghasilan serta kawalan kualiti yang ketat supaya kekal serupa.

Pelancaran jenama Bright merupakan usaha FoodPanda untuk menjadi platform pilihan dalam beli-belah barangan runcit atas talian. Lebih-lebih lagi apabila orang ramai banyak memperkatakan tentang kenaikan harga barang. FoodPanda mahu pelanggan menikmati barangan berkualiti tinggi pada harga mampu milik sepanjang masa, termasuk penghantaran ke rumah dalam masa sejam.



Anda boleh mengetahui senarai produk Bright di PandaMart menerusi pautan ini.

Tags: BrightBrightFarmsBrightSpotsFoodPanda
Najib

Najib

POPULAR

FoodPanda perkenal Bright, jenama runcit sendiri dengan produk segar, basah dan kering

FoodPanda perkenal Bright, jenama runcit sendiri dengan produk segar, basah dan kering

29 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN