• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jenama TV ini jadi pembekal eksklusif paparan VAR EURO 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:46 pm
  • 29/05/2024
  • Komen
Jenama TV ini jadi pembekal eksklusif paparan VAR EURO 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Kejohanan bola sepak EURO 2024 akan berlangsung antara 14 Jun hingga 14 Julai 2024. Bersempena dengan acara itu, Hisense mengumumkan mereka telah dilantik penganjur sebagai penyedia ekslusif paparan untuk sistem video assistant referee (VAR).

Contoh bilik VAR di kejohanan FIFA
Contoh bilik VAR di kejohanan FIFA

Ini adalah kali pertama UEFA menganugerahkan hak eklusif penyediaan paparan VAR kepada mana-mana jenama dan untuk edisi 2024, jangkakan bilik VAR di Leipzing, Jerman akan dipenuhi paparan-paparan Hisense. Bukan stakat bilik VAR sahaja akan dilengkapi produk Hisense, paparan di tepi padang iaitu apabila pengadil perlu memerika video ulangan insiden juga akan dikuasakan produk jenama itu.



Contoh bilik VAR di kejohanan FIFA
Contoh bilik VAR di kejohanan FIFA

Hisense nampaknya sedang memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran Eropah. Hal ini kerana, mereka mencatatkan pertumbuhan tahun-ke-tahun 35.9% daripada segi pengedaran TV.

Sekiranya anda ingin cari TV terbaik Hisense, model flagship jenama itu ialah Hisense U8K. TV ini menggunakan panel mini-LED dengan kecerahan puncak mencapai 1,500 nits disamping menyokong piawaian Dolby Vision dan HDR10+. Resolusi panel tersebut ialah pada paras 4K dan kadar segar semula natif mencapai 144Hz.



Hisense U8K dengan panel mini-LED
Hisense U8K dengan panel mini-LED
Tags: Euro 2024HiSense
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Jenama TV ini jadi pembekal eksklusif paparan VAR EURO 2024

Jenama TV ini jadi pembekal eksklusif paparan VAR EURO 2024

29 May 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER