• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Copilot kini di Telegram

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:30 am
  • 30/05/2024
  • Komen
Microsoft Copilot kini di Telegram
Share on FacebookShare on Twitter

Baru saja diumumkan yang Microsoft Copilot kini ada di Microsoft Launcher, kini ia terus menular ke bahagian lain pula. Anda sekarang boleh gunakan Microsoft Copilot di aplikasi Telegram. Jadi bolehlah anda tanya macam-macam padanya tanpa perlu pasang aplikasi lain.

Copilot di Telegram ada di mana-mana sahaja asalkan aplikasi permesejan itu dipasang dan ia gunakan tag nama @CopilotOfficialBot untuk mudahkan anda lakukan carian bot tersebut. ANda boleh berinteraksi dengan Copilot di Telegram Android, iOS, Windows, MacOS, ataupun pelayan web. Microsoft mengatakan yang ciri ini masih diperingkat beta.



Antara contoh kegunaan Copilot seperti yang disarankan ialah seperti melakukan carian maklumat iaitu Copilot akan ugnkaan enjin carian Bing Search untuk mengekstrak maklumat yang releven dengan pertanyaan anda. Atur cara perjalanan juga boleh dijana mengguna pakai saranan dariapda Copilot. Untuk gaya hidup sehat, Copilot boleh bantu anda jana jadual senaman mengikut objektif.

Dalam keadaan santai dan ingin sedikit gelak ketawa, Copilot boleh jana kandungan lawak, hoskan permainan ringkas ataupun sarankan movie yang boleh ditonton untuk mengisi masa lapang.



Menerusi percubaan saya, Copilot di Telegram ini berfungsi seperti anda bermesej dengan bot yang lain. Selepas melalui sesi pengesahan ringkas, anda boleh terus bersembang seperti biasa. Namun, disebabkan ia tidak menyokong bebenang seperti di aplikasi natif ataupun pelayar web, anda perlu masukkan arahan /restart sekiranya ingin mengosongkan konteks sebelum memulakan sesi baharu.

Sumber: Microsoft

Bacaan berkaitan

Microsoft Launcher di Android kini dilengkapi Copilot

Copilot Pro ditawarkan di Malaysia, lebih mahal daripada ChatGPT Plus

Tags: aichatbotcopilotMicrosoftmicrosoft copilottelegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Microsoft Copilot kini di Telegram

Microsoft Copilot kini di Telegram

30 May 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER