• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ChatGPT Edu dikuasakan GPT-4o diperkenal untuk tingkatkan pembelajaran di universiti

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:52 pm
  • 31/05/2024
  • Komen
ChatGPT Edu dikuasakan GPT-4o diperkenal untuk tingkatkan pembelajaran di universiti
Share on FacebookShare on Twitter

OpenAI telah memperkenalkan versi terbaru untuk ChatGPT yang dipanggil ChatGPT Edu. Seperti namanya, ia adalah versi ChatGPT yang dibina khusus untuk kegunaan di universiti terutamanya untuk pelajar, fakulti dan penyelidik yang dikuasakan GPT-4o yang baru sahaja diperkenal pertengahan Mei lalu.

GPT-4o ini memiliki keupayaan lebih baik berbanding GPT-4 sebelumnya kerana dapat memberi maklum balas dengan teks dan juga video. Ini bermakna, ChatGPT Edu bakal menyediakan kemudahan pembelajaran yang ditambahbaik melalui AI untuk universiti.



240402 OpenAI ChatGPT Akaun

Menurut OpenA, model flagship ChatGPT-4o ini akan menawarkan ciri AI yang cemerlang dalam pentafsirian teks, pengaturcaraan (coding) dan matematik, serta ada keupayaan canggih untuk menganalisis data dan perumusan teks.

Bukan itu sahaja, ChatGPT Edu juga akan membenarkan universiti untuk membina versi tersuai GPT mereka tersendiri yang kemudiannnya boleh dikongsi dalam kalangan penuntut universiti. Ia juga akan mempunyai had mesej jauh lebih tinggi berbanding versi percuma ChatGPT serta keupayaan bahasa yang dipertingkatkan dengan sokongan untuk lebih 50 bahasa.



OpenAI turut menekankan bahawa data yang diterima tidak akan digunakan untuk melatih model OpenAI.

Sumber gambar: Nytimes

Dalam masa yang sama, kebanyakan kampus universiti telahpun memanfaatkan ChatGPT untuk bantu dalam pelbagai tugasan. Contohnya, seorang profesor di Columbia University menggunakan model GPT yang mereka bina sendiri untuk mengurangkan kes kematian disebabkan berlebihan dos dengan menggunakan AI untuk menganalisis data dalam jumlah besar dan mengenal pasti corak bagi menentukan langkah intervensi yang perlu dilakukan.

Seterusnya, AI juga telah digunakan sebagai “Language Buddy” di Arizona State University untuk membolehkan pelajar mempraktis dan mengasah kemahiran bahasa dengan perbualan dikuasakan generatif AI. Untuk laksanakannya, pihak universiti tersebut menghasilkan GPT versi mereka menggunakan ChatGPT Enterprise.

Contoh lain yang ada lagi termasuk penggunaan AI di University of Pennsylvania. Di sana, ciri AI digunakan untuk menambahbaik penulisan dan meningkatkan proses pembelajaran dengan menawarkan latihan kepada pelajar untuk memahami sesuatu topik dengan mengkritik dan memperbetulkan karangan yang dijana AI.

Pada saya, ChatGPT Edu ini sememangnya berguna dan memudahkan pelajar serta pensyarah untuk meningkatkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana ia dapat memberi maklum balas yang relevan serta menganalisis data dalam jumlah besar, yang mana penting untuk tujuan penyelidikan.

Tambahan pula, ChatGPT Edu juga pastinya akan membolehkan pelajar untuk mengakses model GPT-4o yang lebih berkuasa secara percuma. Kepada mereka yang berminat, ChatGPT Edu ini boleh dilanggan untuk universiti dan syarikat yang berminat dengan menghubungi pihak Open AI.

[Sumber: OpenAI]

Bacaan berkaitan

  • Guna ChatGPT tanpa akaun OpenAI, tapi ada kekurangannya
  • Respons ChatGPT kini boleh anda dengari di Android dan iOS
  • Grab jalin kerjasama dengan OpenAI untuk guna ChatGPT tambah baik perkhidmatan
Tags: Chatgptgpt-4GPT-4oopenai
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ChatGPT Edu dikuasakan GPT-4o diperkenal untuk tingkatkan pembelajaran di universiti

ChatGPT Edu dikuasakan GPT-4o diperkenal untuk tingkatkan pembelajaran di universiti

31 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER