• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus kemas kini ROG Ally untuk jadi 2 kali ganda lebih menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:21 pm
  • 02/06/2024
  • Komen
Asus kemas kini ROG Ally untuk jadi 2 kali ganda lebih menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telah mengumumkan ROG Ally X, sebuah konsol tangan permainan PC. Pembaharuan yang dibawakan kali ini lebih kepada facelift berbanding merentasi generasi. Hal ini sebahagian besarnya kerana ia masih mengguna pakai SoC AMD Z1 Extreme yang boleh ditemukan pada ROG Ally sedia ada.

Walau bagaimanapun, perubahan yang dibawakannya sangat dialu-alukan, malah bakal memperkukuh cengkaman dalam segmen yang mereka duduki.



Walaupun AMD Z1 Extreme dikekalkan daripada model sebelumnya, namun bahagian RAM-nya telah nyata ditambah baik. Ia kini hadir dengan kapasiti RAM 24GB LPDDR5 yang ada kelajuan 7,500Mhz.

Dengan kuasa yang dipertingkat, sistem penyejuk juga perlu ditambah baik. Kipas penyejuk ROG Ally X kini ada 77 bilah lebih halus yang katanya lebih berkuasa dan senyap. Ia mampu kurangkan suhu operasi konsol ini sehingga 6°C lebih sejuk.



Lagi perubahan di bahagian papan utama, keversatilan ROG Ally X dipertingkat dengan kehadiran satu slot M.2 bersaiz penuh. Jadi, pengguna boleh memilih untuk memperluas storan simpanan di kemudian hari sekiranya perlu.

Masih di bahagian keversatilan, pengguna akan dapati yang port XG Mobile eGPU telah dibuang sebaliknya digantikan dengan satu USB-C Thunderbolt 4. Manfaatnya adalah ia boleh disambung dengan lebih banyak aksesori termasuklah eGPU sendiri. Kedua-dua port USB-C Ally X menyokong USB-PD sehingga 100W.

Asus tidak melupakan bahagian ergonomik. D-pad Ally X adalah lebih besar dan katanya lebih selesa digunakan. Tuil analog konsol ini pula diperkukuh apabila ujian pusingan melebihi 5 juta telah dijalankan, 2 juta kali lebih kerap berbanding model sebelumnya.

Bagi memastikan pengguna beroleh waktu bermain yang lebih panjang, kapasiti bateri Ally X telah ditambah dua kali ganda berbanding sebelumnya. Dalam badan yang tak banyak berubah fizikaliti, ia kini ada bateri 80Wh.

Tiada perubahan dilaporkan pada panel paparan Ally X. Ia masih menggunakan panel 7” IPS LCD beresolusi FHD. Panel paparan ini mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan perlindungan kaca Corning Gorilla Glass Victus.

Maklumat harga rasmi penjualan ROG Ally X untuk pasaran Malaysia masih lagi tiada. Buat masa ini, kita boleh hanya berspekulasi. Sebagai rujukan, ROG Ally dahulu dijual pada harga RM3,299 untuk varian RAM 16GB dan storan 512GB.

Untuk Ally X, anda boleh jangkakan harganya sekitar itu, malah mungkin lebih tinggi disebabkan ia ada modul RAM yang lebih pantas, slot SSD, bateri lebih besar, dan pelbagai perubahan kecil lain. Lebih menarik, ROG Ally X turut ditawarkan dalam warna hitam.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: asusAsus ROG AllyAsus ROG Ally XrogROG AllyROG Ally X
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Asus kemas kini ROG Ally untuk jadi 2 kali ganda lebih menarik

Asus kemas kini ROG Ally untuk jadi 2 kali ganda lebih menarik

2 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER