• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Zenbook S 16: Ini era komputer memahami kita, bersedialah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:25 am
  • 04/06/2024
  • Komen
Asus Zenbook S 16: Ini era komputer memahami kita, bersedialah
Share on FacebookShare on Twitter

Ini zaman komputer yang perlu fahami kita, bukannya kita yang perlu fahami komputer. Itulah yang ingin diketengahkan Asus sewaktu melancarkan barisan komputer Copilot+ PC mereka di Taiwan. Dalam banyak-banyak laptop yang diperkenalkan, salah satu yang mencuri tumpuan adalah Zenbook S 16 sebuah laptop 16” dengan berat cuma 1.5kg berkuasa AI.

Di ruang pameran selepas majlis pengumuman, Asus mendemonstrasikan keupayaan AI yang bakal dinikmati menerusi laptop ini. Perlu anda ingati yang laptop ini tidak mempunyai kad grafik luaran, sebaliknya cip AMD Ryzen AI 9 HX 370 yang berada dalam kategori 28W dan dilengkapi teras NPU berkeupayaan 50 TOPS.



Sebanyak dua demonstrasi saya lihat. Yang pertama adalah Microsoft Cocreator, ciri yang terbina di dalam perisian Paint. Dengannya, pengguna boleh menjana imej daripada sumber contengan dan juga prompt. Kekuncinya di sini adalah ia boleh lakukannya dengan pantas walaupun tiada kad grafik untuk mendukung bebanan menjana grafik. Contohnya, seorang pengunjung ini menconteng gambar kereta dan memasukkan prompt berkisarkan kereta dan komputer memahaminya.

Demonstrasi kedua yang saya lihat adalah fungsi Microsoft Recall. Ini adalah ciri yang akan datang bersama-sama komputer Copilot+ PC. Fungsi ini membolehkan pengguna melihat ataupun mencari sejarah paparan komputer mereka kerana komputer akan melakukan tangkap layar setiap 10 saat dan mengenal pasti perkara-perkara di atas skrin. Anda boleh lakukan carian teks, warna, dan asasnya apa-apa sahaja. Semua ini dimungkinkan dengan kehadiran NPU pada Zenbook S 16 ini.



Berbalik kepada Zenbook S 16, selain berat 1.5kg, ia juga nipis, senipis 1.1cm lantas menyumbang kepada sifat ultra mudah alih yang dimilikinya. Badan laptop ini ditempa daripada bahan khas Ceraluminum hasil gabungan manfaat aluminium dan seramik.

Walaupun nipis, laptop ini dilengkapi sistem penyejuk aktif dengan komponen kipas ultra senyap, bawah <25db apabila beroperasi.

Atas papan utama, varian tertinggi siri Zenbook S 16 ditunjangi AMD Ryzen AI 9 HX 370, RAM 32GB LPDDR5x dan storan 2TB SSD. SKrin laptop ini sebesar 16” beresolusi 3K 120Hz dengan nisbah 16:10 untuk raung kerja yang luas. Sebanyak 6 speaker berteknologi Dolby Atmos menyempurnakan bahagian audio visual laptop ini. Zenbook S 16 hadir dengan bateri berkapasiti 78Wh.

Zenbook S 16 akan mula diedarkan di peringkat global bermula 18 Jun 2024 ini dan tanda harganya untuk pasaran A.S adalah bermula USD1,399 (RM6,585).

Anda boleh layari laman rasmi Zenbook S 16 untuk maklumat lanjut.

Tags: asusAsus ZenBookasus zenbook s 16copilot+ pczenbook s 16
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Asus Zenbook S 16: Ini era komputer memahami kita, bersedialah

Asus Zenbook S 16: Ini era komputer memahami kita, bersedialah

4 June 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN